PAGES

Friday, January 13, 2012

Tazkirah Jumaat : 24 JAM BERIBADAH

Click di sini :

http://www.ikimfm.my/ikimfm/images/mukmin_professional/MP%2020111219.mp3



Kronologi manusia

Zaman kanak-kanak tak sabar menjadi remaja

Bila remaja tak sabar nak menjadi belia

Bila belia tak sabar nak menempuh alam pekerjaan

Bila sudah bekerja tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga

Bila sudah berumah tangga tak sabar punya anak

Bila sudah punya anak sangat menginginkan harta yang banyak

Bila hartanya banyak sentiasa berasa tidak kecukupan

Bila segalanya ada dalam genggaman masih mencari - cari sesuatu yang tak pasti

Bila diingatkan tentang mati, tunggulah usia tua katanya.

Bila telah ditimpa musibah baru mencari Allah

Bila telah terlantar sakit baru ingat pada Allah

Bila tenat baru ingat untuk bertaubat.

Dan bila telah mati segala-galanya telah terlambat.


Satu yang jelas pada kronologi umum di atas :

Sabar  atau Tidak Sabar

Puas atau Tidak Pernah Puas

Hidup di dunia fana ini tidak pernah dijanjikan dengan jalan yang mudah. Kita hamba-hambaNYA akan sentiasa diuji dalam bentuk apa sekalipun mengikut kehendak Yang Esa.

Yang jelas, Islam sentiasa mengingatkan kita agar kita sentiasa bersabar.
Allah Taala menganjurkan kita supaya bersabar. Firman-Nya (mafhumnya): "Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (melakukan taat dan menghadapi musibat), teguhkanlah kesabaran kamu, tetapkanlah kewaspadaan serta siap siaga dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung (merebut syurga dan bebas dari neraka). (QS. 3:200).


Sabar bukan semudah dilafazkan. Memang perit dan terkadang berderailah air mata bersama sabar yang sedang cuba disemat di hati.

Dan sabar juga punya nikmatnya yang tersendiri.
Hanya mereka yang miliki kesabaran sahaja yang merasa nikmat sabar itu.
Indah bukan..

Jika kita sentiasa berbekalkan sabar dalam setiap urusan kehidupan, pasti kita akan dapat melihat mengapa kita sangat- sangat di tuntut untuk bersabar.

Allah itu Maha Mengetahui. Kerana itu DIA mahu hamba-hambaNya menjadikan sabar sebagai perisai di sepanjang perjalanan di dunia ini.

Allah sentiasa memberi  yang terbaik untuk hamba-hambaNYA. Tapi memberi yang terbaik tidak bermaksud sentiasa di beri kesenangan. Yang pasti dalam surah Al Insyirah ada menyatakan " setiap kesukaran disertai kemudahan " . Tinggal saja kita harus sentiasa berbekalkan sabar menempuh kesabaran itu sampai satu waktu kita layak menerima kemudahan yang dijanjikan Allah.




Terjemahan
AL-INSYIRAH
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
(1) Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?
(2) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam);

(3) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(4) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(5) Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(6) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(7) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(8) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).




Allah itu sentiasa mengotakan janjiNYA. Tidak pernah mungkir walau sedikit pun. Cuma kita yang terlalai hati dan jiwa, tidak melihat betapa Yang Esa sangat sayangkan hamba-hambaNYA.  Di pagi Jumaat yang mulia ini, saya ingin mengingatkan diri terutamanya agar sentiasa menjadi hambaNYA yang sabar dalam menempuh kehidupan di dunia yang sementara ini. Hingga sampai waktu kita bertemu denganNYA. Dan semoga kita bertemu denganNYA dalam keadaan yang terbaik.







ww2 2012
Petikan : 19 DIS 2011

Friday, January 6, 2012

26 OKT 2011 MENGATASI MASALAH DALAM KEHIDUPAN



Click di sini :

http://www.ikimfm.my/ikimfm/images/islam_itu_indah/III%2020111026.mp3

Untuk bahagia kita perlu menghindari 4M.

M1 : Merungut.

M2 : Menyesal

M3 : Mengeluh

M4 : Mengumpat

Apabila kita berbicara, adakah kita memulakan bicara dengan 4M?
Kalau YA, marilah bersama-sama kita mengubah dan berubah.