Bismillah..
Habit, senang sebut. Jelas maknanya.
Hasil yang kita dapat hari ini adalah kerana HABIT kita di masa lepas.
Habit / kebiasaan / rutin harian.. perkara yang berulang-ulang kita buat.
Macam yang biasa kita dengar jugak..
" Biasakan yang betul, betulkan yang biasa".
Indahnya bahasa kerana menyampaikan maksud-maksud yang sangat dalam maknanya.
Cuma terpulang kepada empunya MINDA, samada memilih untuk BERFIKIR ataupun MENGENDAHKAN sahaja nasihat dahulu kala.
Kembali ke pada HABIT, adakah HABIT kita hari ini akan membawa kita menuju MATLAMAT kita yang sebenar-benarnya?
"Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"... membina HABIT yg bagus agak SUKAR pada mulanya tetapi bila sudah terbiasa akan memberi manfaat yg berterusan seumur hidup kita.
Contoh yang mudah, ketika muda sejak darjah satu... kita dilonggakkan dengan banyak kerja rumah, latihan yang perlu disiapkan. Sekiranya SESEORANG itu mempunyai MINDA BIASA-BIASA, dia akan menganggap semua itu BEBAN. Tetapi untuk SESEORANG yang akan TAKE-CHARGE dalam hidupnya dan JELAS DENGAN MASA DEPANNYA, dia yakin semua itu adalah PERSIAPAN yang perlu dia lalui untuk sampai ke MATLAMAT UTAMANYA.
Sekiranya kita merasakan SUSAH dalam melakukan sesuatu, PERCAYALAH semua itu ialah PERSIAPAN kita untuk mendapat sesuatu yang BESAR dan kesusahan yang kita hadapi pada awal-awal perjalanan hidup itu MEMBANTU kita menghadapinya. Besar NIKMAT, besarlah ujiannya.
Itu sifir kehidupan. Sekiranya kita rela hati dan sanggup menerima serta MAHU FAHAM, kita akan lihat betapa cantiknya KEHIDUPAN yg ALLAH susun untuk kita ( dengan usaha dan bermohon pertolonganNYA). Sesungguhnya kita bergantung kepada ALLAH. Dialah yang mengizinkan kita bernafas hari ini. Inilah antara nikmat-nikmat yang Dia berikan.
Dan segala nikmat itu perlu kita luruskan dengan HABIT yang betul.. Maha Suci Allah. Allah Maha Besar.
Kita boleh mulakan dengan satu langkah, satu masa. Bermula dengan HABIT mentaati ALLAH dengan MENDIRIKAN SOLAT 5 waktu. Cuba cukupkan 5 waktu tersebut. Perlahan-lahan kita ke HABIT seterusnya. Solat dengan khusyuk. Mulakan dulu dengan TIANG AGAMA ini. InshaAllah, ALLAH akan bantu kita dengan segala HABIT-HABIT yang lain.
Kita datang ke dunia ini dengan izinNYa, dan kepada DIA lah juga tempat kita kembali.
Jom, kita bina HABIT yang Rasullullah SAW telah ajarkan kepada kita sejak 1400 tahun dahulu.
Semoga bermanfaat.