PAGES

Friday, December 9, 2011

Topik Jumaat oleh Sheikh Mahmud al Maghlani

Hijrah Jalan Mahabbah Rasulullah 


Boleh dengar di sini : http://www.ikimfm.my/ikimfm/images/topik_jumaat/TJ%2020111209.mp3

Penterjemah : Ustaz Rahmat Muhammad

Antara pesanan, nasihat dan perkongsian dari Sheikh Mahmud al Maghlani
( sebarang kesilapan,mohon diperbetulkan )


Pesanan 1 :
Amalan : Makan 7biji kurma sebelum bersarapan ( atau mkn apa2 di pagi hari ) selama 7hari bermula 14muharam hingga 21muharam  setiap tahun
Manfaat : insyallah Tiadalah di timpa sihir buat selama-lamanya.
niat "Ya Rabbi bismillah hamba makan tamar ini dgn niat dan doa daripada Rasulallah SAW"

Pesanan 2 :
Amalan : Menjaga solat sunat dhuha (paling tidak 2 rakaat, paling byk 8rakaat )
Manfaat : nescaya kamu tidak akan di timpa sihir selama2nya.


Pesanan 3 : 
Amalan : Mengucap, membaca tarbiah ( Labaik Allahuma Labaik ) setiap kali selesai solat tahajjud & solat subuh. 
Dengan berdoa"  Ya Rabbi, kurniakanlah aku dapat naik haji "
Kebaikan : InsyaAllah, Allah mudahkan dia naik haji tahun tu.

Pesanan 4 :
Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi junjungan Muhammad saw. 
Khalifah Umar Abd. Aziz antara pemerintah yg terbaik dalam Bani Umaiyah berwirid 10,000 kali salawat nabi drpd sebelum fajar (subuh ) hingga Isyrak. Insyaallah Allah mudahkan segala-gala perkara.

Jangan dikacaukan fikiran dgn oleh org lain ( i.e ini berkat salawat ) tapi TAK. Yang sebenarnya begini.
1. Keberkatan saidina sallallahu alaihi wasallam
2. Keberkatan salawat tu.


Antara sunting kata dari Sheikh Mahmud Al-Maghlani.
"Ya Allah, jadikan aku antara golongan hambaMu yang banyak mengucap salawat dan salam ke atas saidina Muhammad saw kekasih-MU.

Sihir tidak berfungsi or berperanan pada waktu dhuha

Menurut bancian, dalam masyarakat dunia sekarang khususnya dalam masyarakat Islam.
Peratusannya lebih 50%, 60% ke 70% masyarakat terutama masyarakat Islam bermuamalah, berinteraksi dengan sihir.
Isteri sihir suami.
Suami sihir isteri.
Kenapa ? Kerana tak nak problem suami isteri.

 Sunting kata dari sumber lain :

Yang pernah ada dalam sunnah ialah makan 7 biji tiap hari, tiada pengkhususan, maksud hadith: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma Madinah setiap paginya, maka pada hari itu ia tidak akan dibahayakan oleh racun mahupun sihir.” (Hadith Riwayat Al-Bukhari)



Boleh dgr di sini : http://www.ikimfm.my/ikimfm/images/topik_jumaat/TJ%2020111209.mp3
(secara live pada 9 Dec 2011 ~ Jumaat )







2 comments: