PAGES

Thursday, December 1, 2011

Saya nak berubah...TAPI

Masuk jer waktu Marghib nanti masuk lah 6 Muharam 1433H. ( malam Jumaat )

Baru 5 hari kita menjelajah tahun baru,
Baru 5 hari yang lepas kita sungguh-sungguh dgn harapan yang besar ingin mencapai matlamat kita,
Baru 5 hari yang lepas kita dah set ingin jadi "THE NEW ME"..
Baru 3 hari lepas perjalanan kita ON TRACK...
Dah hari ke -4 & ke 5 kita mula DI DUGA, DI UJI...
Sekelip mata berubah menjadi "THE OLD ME"...
So macamana ?

FIND THE SOLUTION !

Kalau ada matlamat, adalah cabarannya.
Takkan jalannya mudah tanpa rintangan kan..
So, dari awal lagi kita bukan saja kena SET GOAL tapi juga sgttt perlu buat  MENTAL PREPARATION.
Supaya kita PREPARE nak menghadapi ujian-ujian yang datang.
Kita tak tahu apa yang sedang menunggu kita di hadapan.
Tapi kita tahu akan adanya ujian,cabaran.

Sebagai contoh ringkas, katakanlah kita nak pergi ke SOGO,KUALA LUMPUR.
Ada banyak jalan, tapi kita nak pilih yang mana satu?
Naik kenderaan awam atau memandu.
Kalau naik kenderaan awam kena la bersiap sedia bersesak-sesak dgn org ramai.
Kalau memandu, PREPARE utk meredah kesesakan lalu lintas.
Sebab kita sedia maklum, mustahil perjalanan kita SOGO yang terletak di pusat bandar akan sunyi sepi.
Dah tentu ramai orang dan banyak kenderaan.
Itu baru nak ke SOGO, KUALA LUMPUR.
Belum lagi menuju MATLAMAT KITA yang HEBAT tu.

So, the KEY WORDS are FIND THE SOLUTION.
Kalau kita focus pada solution, insyaAllah akan jumpa solution.
Tapi kalau kita memilih merungut, bermakna kita meletakkan BATU di hadapan kita dlm perjalanan menuju MATLAMAT yang sangat kita cita-citakan itu.

So, find the solution.
Letakkan highway pada jalan menuju pada matlamat kita.
Alihkan BATU yang dulu nya menjadi penghalang kepada kita untuk mencapai matlamat kita.

Setakat ini dulu.
Salam Muharam. ^_^

No comments:

Post a Comment