PAGES

Tuesday, December 6, 2011

Cerita Kecil





Cerita kecil,
Kadang-kadang sangat mengguris hati yang halus lagi mulus
Hati yang umpama kaca
Yang sangat jelas lukanya kalau tercalar..

Cerita kecil,
Bisa mengupas rasa kasih yang ada
Bisa menerbitkan rasa benci pada dia
Lantaran kerana gaya dan cara
Yang dipakai begitu lama
Sehingga ramai yang terluka
Tapi dia tetap engkar utk sedar
Kerana gah nya dia..

Cerita kecil
Tidak sekali mencetus perang dunia
Apatah lagi banjir besar
Tapi cukup melukakan hati mereka yang ada di sisinya
Yang sentiasa penuh keadaban lagi sopannya
Cuma dia terlalu gah untuk melihat kejernihan itu
Kerana kegelapan hati itu terus menyelubungi nya...

Dan mereka terus berdoa agar dia sedar
Atau mereka yang harus berundur
Andai masih dia memakai gah nya itu
Kerana sangat melukakan hati yang putih itu
Biarlah dia di julang dengan hati-hati yang kelabu
Hati yang sama gelapnya
Sehingga suatu hari nanti
Apabila jiwa yang gelap itu menelannya
Mungkin ketika itu baru dia tersedar
Dia telah membiarkan gah nya itu membawa nya hanyut...

Ketika itu mereka telah pergi darinya
Meneruskan perjalanan utk menyucikan diri
Agar di terima ILAHI
Bimbang mendiami neraka yang ditakuti
Tetapi himpunan doa tetap di titipkan
Semoga bersama dalam hidayah-NYA

Mungkin pertemuan ke-2 akan berbeza
Walau kemaafan diberi dengan rela
Tapi parut nya masih ada
Perlu masa untuk disembuhkan semula

Aku, dia dan mereka
Hanya insan biasa
Punya hati, punya rasa
Ingin di kasihi bukan di sakiti

Tapi terkadang lupa
Sikap gaya dan cara diri
Terkadang membuat yang memandang terluka

Kerana itu
Aku, dia dan mereka
Harus kembali pada-NYA
Agar terjaga peradabannya
Sopan akhlaknya
Terjaga maruahnya
Rasulullah lah contohnya
Tiada siapa lagi yang lebih mulia...

Aku, dia & mereka
Akan pergi menghadap ILAHI akhirnya
Berbekalkan perjalanan hidup di dunia
Moga cerita kecil menjadi amal kebaikan
Bukan cerita kecil yang melukakan manusia yang lain
Biar cerita kecil menjadi peniup semangat utk lebih hampir pada-NYA
Bukan pergi jauh dan lupa

Kerana cerita kecil
Boleh menjadi penawar
Boleh juga menjadi pisau yang melukakan..
Setiap kita
Pasti ada cerita kecil
Cuma harus di tulis agar indah dan harum
Bukan utk melukakan sesiapa yang mendengarnya...

Itu cerita kecil
Lahir dari dunia hati
Hati milik empunya diri...
Diri yang di cipta DIA YANG ESA



No comments:

Post a Comment