PAGES

Saturday, December 31, 2011

Happy New Year 2012





Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.
Segala yang berlaku pada tahun 2011 samada baik dan buruk kita jadikan
ingatan, teladan dan pengajaran.

Yang manis itu kita kenang.
Yang pahit itu kita jadikan suatu pengalaman yang berharga..
Yang sangat perlu kita pelajarinya agar dapat menjadi bekalan ilmu di masa hadapan
Tidak diulangi kesilapan yang lalu kerana kita telah mengambil iktibar darinya
Dan bersungguh-sungguh mengamati nya agar yang pahit itu sebenarnya antara cara kita mengenal diri dan memperbaiki diri..

Perjalanan ini tidak mudah
Tidak juga terlalu sukar utk di lalui krn DIA sentiasa menguji hamba-hambaNYA mengikut kemampuan mereka..
Tapi lebih idealnya...hidup ini punya cabaran
Kita lah yang menentukan dari pandangan mata hati dan lahiriah...

Yang pasti hidup ini sementara
Tapi harus kita harungi dgn sungguh-sungguh penuh ilmu dan iman di dada
Agar perjalanan ini APPROVED disana
Menjadi permit kita ke SYURGA.


New Year 2012 Resolution

1. Berakhlak mulia seperti Rasulullah saw.

2. Agar bertambah positif dan produktif.(inside out)

3. Berkat segala usaha dan diterima segala amalan.

4. Segala yang diusahakan dapat dimanfaatkan bersama.

5. Diberikan kesihatan yang sangat baik

6. Sentiasa menyucikan hati

7. Cepat menyedari kesilapan, belajar dari kesilapan dan TIDAK mengulangi kesilapan tersebut.

8. Sentiasa berusaha memperbaiki diri setiap masa.

9. Sentiasa muhasabah dan membuat penilaian prestasi diri.

10. Memastikan segala yg dilakukan, amal perbuatan, sikap dan tingkah laku selaras dengan ajaran Islam.

11. Sentiasa membetulkan niat. Segalanya Lillahi Taala.

12. Punya hati yang lebih kuat dari sebelumnya. Sanggup menempuhi "calculated risk" dengan bijaksana.

13. Berhati waja dalam penghijrahan diri dan bersungguh-sungguh utk menjadi yang lebih baik, sangatttt baik dan TERBAIK.

14. Diluaskan rezeki-rezeki yang halal.

15. Ditambahkan serta diluaskan ilmu-ilmu yang bermanfaat.

16. Lebih fasih berbahasa Arab. Dan selalu praktis..

17. Yang paling penting, sentiasa dekat pada NYA, bertambah mekar cinta pada Allah Yang Maha Esa. Cinta pada Rasulnya Nabi Muhammad SAW. Dan sentiasa berada di atas jalan NYA yg lurus lagi benar.

Amin.








1 comment:

  1. May all your resolutions be fulfilled in this very year. Amin...

    ReplyDelete