PAGES

Monday, September 19, 2011

I never forget you!

 Dengan lafaz Bismillah..

Kenal tak lama.
Saya menunggu di luar kedai sedang kakak sedang sibuk memilih kek di Mita Kek House yg terletak di tengah2 bandar Kuching.Terlihat seekor anak kucing yang agak comot. Seolah-olah hilang arah tanpa ibu di sisi...saya terus menghampirinya. Menggigil kesejukan dan me-meow2, saya terus mengambilnya.
Walau comot tapi sangat cute sekali. Ternyata tiada saudara mara atau ibu di sisinya..dan saya terus mengambil keputusan untuk membawa Mita balik setelah confirm yg dia sebatang kara di situ.

Kenal tak lama. Saya terus memasukkan anak kucing itu ke dalam jacket baju sejuk. Memanaskan badannya yg menggigil. Sedaya usaha memastikan Mita ( nama anak kucing tadi bersempena nama kedai tempat terjumpa Mita ) tidak terjatuh dari motosikal yg ditunggang (Kawasaki 150cc ) akhirnya kami sampai ke rumah dgn selamat.
Kenal tak lama. Sampai je di rumah, makanan pertama Mita adalah kek yg di beli di Mita Cake House. Mita nampak berselera sekali. Mungkin dia sgt lapar ketika itu. Saya sgtt gembira melihat Mita.


Tahun berlalu pergi begitu cepat. Mita kini seekor ibu dan mempunyai beberapa ekor anak yg sangat comel. Walaupun cuma berbadan kecil, Mita seekor ibu yang mempunyai semangat yg tinggi & berhati waja. Cicak tikus semua dlm gigitan nya.. Kalau berani muncul lah. Dan yg pasti tikus & cicak di rumah saya telah mengangkat bendera putih tanda surrender pada kehebatan Mita.

Terngiang2 di ingatan saya tentang keberanian  Mita berhadapan dengan shepherd dog yg tinggal selang beberapa rumah. Ketika itu anak2 nya yg kecil sedang bermain2 di luar rumah..berlari-lari di atas jalan raya sambil bergurau senda. Mita hanya duduk di beranda memerhatikan anak2nya..
Rupanya kelincahan anak2 Mita menarik perhatian shepherd dog jiran saya & anjing itu meluru ke arah anak2 Mita. Saya  belum perasan kejadian itu sehingga lah saya perasan anak2 Mita berlari lintang pukang naik ke rumah & terlihat Mita sedang berhadapan dgn shepherd dog itu.
Saya sendiri tidak berani mendekati..


Tapi apa yg saya nampak shepherd dog itu freeze & kemudian berundur pergi setelah melihat Mita stand still memandang shepherd dog itu penuh focus.( saya tak tahu exactly apa yg berlaku antara Mita & shepherd dog tersebut. Yang pasti anjing itu berlalu setelah melihat kewajaan Mita mempertahankan kawasannya) Tanpa berganjak atau perasaan takut. Padahal kalau di ikutkan logik akal saya, mudah saja shepherd dog itu mengalahkan Mita yg kecil lagi comel itu.

Di situ lah saya belajar banyak perkara...antaranya
  • Naluri seekor ibu yg menyelamatkan anak2nya.
  • Keberaniaan hatinya utk melindungi anak2nya dari di cederakan walaupun Mita berbadan kecil tp yang pasti jiwa & hatinya sangat BESAR.


Ini cerita tentang seekor haiwan kesayangan saya. Tapi bagi saya dalam kehidupan seorang manusia, HATI adalah kekuatan sebenar seseorang. Betul lah naluri Mita, seekor ibu kucing sanggup berhadapan dgn apa saja utk melindungi anak2nya & berjasa pada tuannya dgn menjaga kawasan rumah tuan nya sebagai tempat TIKUS-CICAK FREE ZONE. ( kwsn merbahaya utk tikus & cicak )
Walaupun Mita tidak mempunyai akal, naluri nya sahaja cukup utk menyempurnakan dirinya sebagai seekor kucing.

Pada saya, manusia yang di anugerahkan akal akan mampu pergi lebih jauh.
Setiap perlakuan makhluk ciptaan Tuhan pasti ada sebabnya dan di situlah akal kita berfungsi utk menilai baik buruk sesuatu perkara.
Mana yang patut di teladani & mana yang patut di hindari.
Dan sepatutnya saya harus menjadi lebih baik dari Mita.

Mita telah pergi atas tuntutan waktu & kehendakNYA.
Dia pergi meninggalkan kesan yg sgt mendalam dlm hidup saya...
Yang menemani ketika sakit, menghiburkan saya ketika bersedih...menceriakan hari2 yg kusam..
Tapi Mita telah pergi & saya redha.
Kenangan bersama Mita tak akan saya lupakan.
Segala kenangan yg dilalui bersama tetap bersemadi di ingatan.

Semoga saya boleh menjalani kehidupan ini dengan lebih baik lagi.

I never forget you, Mita!


1 comment:

  1. This article reminds me of Ugly. Both posses similar great values & character ship but lives in a different world. Inspiring! Thank you.

    ReplyDelete