PAGES

Monday, October 10, 2011

Tips Mencari Jodoh Part 2


11. Cinta datang melalui mata lalu turun ke hati. Justeru, perhebatkan hubungan mata secara memandang bakal pasangan dengan penuh kasih sayang. ( pandangan mata penuh kasih sayang tau..bukan pandangan menggoda atau blandaskan hawa nafsu sbg cth : kita pandang baby yg cute dgn pandangan kasih syg bukan. kita tak pandang baby yg cute dgn pandangan berhawa nafsu )


12. Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran. Hantarlah kasih sayang & hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang fikiran ini secara berterusan hingga berjaya. (yg nie tak penah try lagi, so no comment he3.. )


13. Ramai yang terlepas peluang & patah hati sebab lewat menyatakan HASRAT kepada bakal pasangan. Perkara yang baik disegerakan (iaitu menyatakan perasaan anda kepada bakal pasangan. Yupp! bagitau & at the same time hormat keputusan nya. Sekiranya si dia menerima anda bersyukurlah ke hadratNYA. Sekiranya si dia hanya menganggap anda sebagai kawan biasa, yakinlah dia bukanlah jodoh yg terbaik utk anda. Dia bukanlah pasangan yg terbaik utk anda mhadapi kehidupan di hadapan sana. Kerana itu anda berdua tidak di jodohkan. Dia terbaik utk org lain tapi bukan terbaik utk anda & sebaliknya. Yakin lah DIA lebih mengetahui siapa yg terbaik utk anda. )

14. Tidak salah untuk orang perempuan memulakan usaha untuk berkenalan. Orang lelaki akan sentiasa merasakan mereka yang memulakan perkenalan walaupun sebenarnya orang perempuan yang mulakan. ( pada asasnya sesiapa boleh memulakan perkenalan atau persahabatan tak kira lelaki atau perempuan)


15. Berkomunikasi dengan mesra & bersemangat menggunakan lidah, mata, hati & bahasa badan. Elakkan bercakap sambil lewa atau kurang sopan terhadap bakal pasangan. ( maksudnya supaya kita berakhlak kot..beri perhatian time si dia berkomunikasi dgn anda dan bukannya sibuk buat kerja lain spt update status kt fb kt hp, check email la..dan membuatkan si dia tidak di pedulikan..i guess )


16. Berbual dengan pasangan mengenai apa yang dia suka. Beri tumpuan kepada minat & perasaannya. Elakkan sibuk memberi tumpuan kepada diri sendiri.


17. Layan bakal pasangan dengan mesra seperti kawan lama walaupun baru berkenalan. Bentuk suasana keintiman dengan segera agar bakal pasangan rasa selesa. (pernah seorang sahabat share one interesting quote " Seorang sahabat selalunya boleh berubah menjadi pasangan hidup, tp ex girlfriend or ex boyfriend agak sukar utk menjadi kawan selepas break-up )


18. Makin mudah kita menceritakan hal peribadi yang munasabah kepada bakal pasangan, semakin mudah dia menceritakan hal dirinya kepada kita.


19. Berdoa & latih diri agar K\kita pandai mendampingi orang lain & seronok untuk didampingi oleh orang lain. Buang perangai yang menyebabkan orang benci kepada kita.


20. Beri sayang untuk mendapat sayang. Orang yang masih ada perasaan benci terhadap sebarang orang boleh menyebabkan bakal pasangan benci atau tidak tertarik kepada kita. Justeru buang semua benci.

Selamat beramal...Tips " Mencari Jodoh " akan bersambung..

No comments:

Post a Comment