"Barangsiapa mengenal dirinya maka sesungguhnya mengenal ia akan Tuhannya".
Sejauh mana kita mengenal diri kita?
Sejauh mana kita cuba mengorek & mencungkil segala kehebatan dalam diri yang telah ALLAH swt anugerahkan pada kita. Hakikatnya kita telah sama-sama melayang terbang bersama-sama arus dunia. Terkadang kita tersedar dan bermuhasabah. Dan apabila kita di duga lagi, di uji lagi..tanpa sahabat-sahabat yang mengingatkan, kita kembali kepada kealpaan itu.
Kita lupa segala keindahan hidup ini adalah kerana DIA lah yang telah menciptakannya.
Kita lupa segala nikmat & kebahagiaan itu adalah pemberian dari NYA.
Kita lupa kesusahan dan dugaan yang datang sekadar menguji IMAN kita pada NYA.
Bagaimana Min (bukan nama sebenar) seorang yang normal seperti kita semua di uji.Sejauh mana kita cuba mengorek & mencungkil segala kehebatan dalam diri yang telah ALLAH swt anugerahkan pada kita. Hakikatnya kita telah sama-sama melayang terbang bersama-sama arus dunia. Terkadang kita tersedar dan bermuhasabah. Dan apabila kita di duga lagi, di uji lagi..tanpa sahabat-sahabat yang mengingatkan, kita kembali kepada kealpaan itu.
Kita lupa segala keindahan hidup ini adalah kerana DIA lah yang telah menciptakannya.
Kita lupa segala nikmat & kebahagiaan itu adalah pemberian dari NYA.
Kita lupa kesusahan dan dugaan yang datang sekadar menguji IMAN kita pada NYA.
Bukan untuk menzalimi.
Bukan untuk membuat kita derita.
Tetapi untuk membina kita, jiwa dan raga agar teguh & hebat mencintaiNYA.
Dan menuju destinasi yang kekal abadi sebagai hambaNYA yang tetap dlm ISLAM & iman.
Dan terus tinggal dalam Syurga idaman semua.
Inilah kisah ringkas buat renungan bersama ...
Dengan kuasa Allah Yang Maha Esa, tangan kirinya mula kering dan bersisik.
Zee : Mengapa dgn tangan tu,eeeee ? Agak jengkel melihat kepelikan tangan yang agak berlainan dari yang satu lagi. Mungkin pada pandangan biasa, memang agak menakutkan seorang manusia mempunyai 2 belah tangan yang berlainan. Tangan kanannya berusia 20an manakala tangan kiri nya berusia 60an. Berkerut, berkedut dan kulit yang sangat kering & kesat itu kelihatan sangat menakutkan. Begitulah mungkin pandangan Zee ketika itu. Min hanya tersenyum, membalas pertanyaan Zee dgn bersahaja. " Entah lah Zee, ermmm. Saya pun tak tahu.
Zee : Pergi lah ke klinik ( ujar Zee dengan nada kasihan )
Sambil membelek-belek kedua belah tangannya. Membandingkan perbezaan yang ketara pada zahirnya, Min membalas......"Ermm..takpe la. Takde ape2 kot. Nanti okey lah nie. "
Saban hari, sesiapa saja yang perasan keadaan tangan nya akan bertanya.
Dan jawapannya tetap sama.
Dan setelah hampir sebulan, tiba-tiba terdetik kerisauan di hati nya.
Lantaran lontaran soalan-soalan yang sering bertanyakan keadaan tangannya.
Mengingatkan fitrah ular & beluncas yang sering di tonton di Channel Discovery, hatinya lega.
Selepas itu, Min telah lupa akan keadaan tangannya. Dia begitu pasti tangan hanya melalui suatu proses perubahan yang mungkin disebabkan antibodi pada tangannya sedang melawan bakteria ( yang tak nampak ) menjadikan ia kelihatan begitu berbeza dari keadaan asalnya. Dan setelah proses itu selesai, pasti tangannya kan kelihatan lebih baik lagi..
Masa terus berlalu dan tanpa sedar suatu hari Min terpandang kulit tangan kirinya yang nampak sangat sihat. Dia tersenyum sendiri bersama dengan ucapan alhamdulillah. Sebelum ini, dia menerima seadanya keadaan tangan nya yang berkerut dan sangat kering itu. Tak kisah la keadaan tangan nya bagaimana, yang penting dia menjaga nya sebaik-baiknya.
Lintasan fikiran menerjah. Dalam setiap kesusahan pasti ada kesenangan. Tertulis dalam surah Al-Insyirah.
الرَّحِيم: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1.أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?,
2.وَوَضَعْنَا عَنْكَ وِزْرَكَ Dan Kami telah menghilangkan dari padamu bebanmu,
3.الَّذِي أَنْقَضَ ظَهْرَكَ yang memberatkan punggungmu?
4.وَرَفَعْنَا لَكَ ذِكْرَكَ Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama)mu.
5.فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا Kerana sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan,
6.إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.
7.فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain,
8.وَإِلَى رَبِّكَ فَارْغَبْ dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap.
Min tersenyum. Setiap apa yang berlaku pasti ada peritnya. Dan yang pasti selepas itu keindahan, kebahagiaan, kesenangan & kegembiraan menyusul tiba. Bisikan hatinya berkata "Semoga saya terus tetap bersama Allah. Akan terus diperlihatkan betapa indah kebesaranNYA. Akan terus punya hati yang tabah serta iman yg teguh mengharungi kehidupan di dunia ini dalam menuju ke destinasi yang abadi".
Pengajarannya :
Hidup kita tidak akan terlepas dari sekecil2 dugaan,ujian,masalah & cabaran. Samada dalam bentuk kekayaan atau kemiskinan atau apa saja. Terpulang lah kepada kita yang punya akal & iman utk mengharunginya. Andai kita memilih utk mengharungi nya dengan IMAN insyaAllah penghujungnya pasti khabar yang sangat membahagiakan. Keputusannya semuanya pada kita. Jalan-jalan yang kita lalui adalah jalan-jalan yang telah kita pilih. Marilah kita sama-sama memilih jalan menuju Allah.
Kerana akhirnya kita tetap akan bertemu denganNYA.
Kemudian terdetik di fikiran nya, insyaAllah tangan ini akan kembali sempurna seperti tangan kanannya.
Terbayang-bayang di fikirannya ...ular & beluncas
Sepertimana ular yang sedang bertukar kulit. Betapa hodohnya proses itu. Tapi selepas selesai proses tersebut, pasti kulit ular tersebut menjadi begitu cantik.
Begitu juga dengan serangga beluncas. Dari beluncas bertukar menjadi kepompong dan akhirnya menjadi rama-rama yang cantik.
No comments:
Post a Comment