PAGES

Monday, March 26, 2012

25 Petanda ini pada diri anda.





Informasi berguna untuk panduan anda semua
Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kati dengan fungsi badan yang lain.
Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :


1. MATA ( Bertindak balas dgn keadaan hati)


i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.
    Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii)Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.
iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja.
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.


2. HIDUNG ( Bertindak balas dgn keadaan hati) 

Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i)Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat)
ii) Hidung tersumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Bersin : 
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.


3. BATUK 
i) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong :  seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan  dengan fungsi penghadaman)
i)Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah : Perut mengandungi banyak bahan toksin.







bersambung..


Petikan http://www.susu.my/index.php?option=com_content&task=view&id=84&Itemid=71

No comments:

Post a Comment