Bahagia nya hidup ini
Bahagia nya diri ini
Bahagia nya
Dan kerana bahagia ini
Terbitlah senyuman di bibir
Terpancarlah cahaya di wajah
Kerana bahagia yang ada dalam hati
Kerana DIA telah meletakkan bahagia itu di hati ini
Bahagia itu luas
Seluas saujana mata memandang di lautan
Atau lebih luas lagi sehingga tidak terjangkau
Nikmat yang DIA turunkan ke dunia
Pada kita....itulah bahagia
Bahagia
apabila kita telah kenal diri
apabila kita telah mula menghargai diri
apabila kita telah jatuh cinta pada diri
dan kita telah sedar
betapa
berharganya diri kita
melebihi dari segala-galanya
Betapa DIA
telah mengurniakan nikmatnya yang terindah
buat diri
buat kita
yang selama ini
tak mampu melihat
dek keliru dengan keindahan lain
di luar yang tak pasti bahagianya
Bahagia itu rupa-rupanya
Di sini
Di dalam hati ini
Yang baru di temui
Kerana baru diteroka
Yang selama ini
Terlupa dan dilupakan...
Bahagia lah diri mu
Dan dunia akan bahagia bersamamu
Mulanya bahagia
Adanya dalam diri
Dalam kita
Milik kita
Bukan yang ada di luar
Memang telah ada di sini
Cuma mata hati
Yang alpa
Yang buta
Kerana itu
Tiadalah kita sedar
Ia ada di sini sejak dulu
No comments:
Post a Comment