Pesanan daripada Sheikh Mahmud Al-Maghlani@IKIM.FM
PESANAN 1 : Di bulan Muharam setiap tahun.
Amalan : Makan 7 biji kurma sebelum bersarapan ( atau sebelum makan makanan di pagi hari ).
Niat : "Ya Rabbi, hamba makan tamar ini dgn niat mendapat rahmat Rasulullah SAW"
Masa : Bermula 14 Muharam hingga 21 Muharam setiap tahun.
Tempoh: 7 hari
Manfaat : Tiada di timpa sihir buat selama-lamanya, inshaallah.
PESANAN 2 : Amalan sepanjang tahun
Amalan : Menjaga solat dhuha ( paling tidak 2 rakaat, paling banyak 8 rakaat )
Manfaat : Nescaya kamu tidak di timpa sihir selama-lamanya.
PESANAN 3 : Amalan sepanjang tahun.
Amalan : Mengucap, membaca tarbiah ( Labaik Allahuma Labaik )
Niat : " Ya Rabbi, kurniakanlah aku dapat naik haji.
Masa : Setiap kali selesai solat tahajjud dan solat subuh.
Manfaat : Allah mudahkan dia naik haji tahun itu, inshaallah.
PESANAN 4 : Amalan sepanjang tahun
Amalan : Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi junjungan Muhammad SAW.
Manfaat : Allah mudahkan segala urusan.
Contoh : Khalifah Umar Abd Aziz antara pemerintah yang terbaik dalam Bani Umaiyah berwirid 10,000 kali selawat nabi daripada sebelum fajar (subuh) hingga Isyrak.
Persoalan mengenai keberkatan selawat :
Menurut Sheikh Mahmud Al-Maghlani, jangan dikacaukan fikiran dengan orang lain. ( spt .." ini berkat selawat) tapi TAK. Yang sebenarnya begini.
1. Keberkatan Saidina Sallallahu alaihi wasallam.
2.Keberkatan selawat itu.
Antara sunting kata dari Sheikh Mahmud Al-Maghlani lagi :
" Ya Allah, jadikan aku antara golongan hambaMu yang banyak mengucap selawat dan salam ke atas Saidina Muhammad SAW kekasih-MU.
Sihir tidak berfungsi atau berperanan pada waktu Dhuha.
Menurut bancian dalam masyarakat dunia sekarang khususnya dalam masyarakat ISLAM, peratusannya lebih 50%,60% ke 70% masyarakat terutamanyan masyarakat ISLAM bermuamalah atau berinteraksi dengan sihir. Isteri sihir suami, suami sihir isteri.
Kenapa ? Kerana tak nak problem suami isteri.
Sunting kata dari sumber lain :
Yang pernah ada dalam sunnah ialah makan 7 biji kurma setiap hari, tiada pengkhususan.
Maksud hadith : " Barangsiapa yang memakan 7 biji kurma Madinah setiap paginya, maka pada hari itu ia tidak akan dibahayakan oleh racun mahupun sihir." ( Hadith Riwayat Al-Bukhari )
Boleh dengar di sini : http://www.ikimfm.my/ikimfm/images/topik_jumaat/TJ%2020111209.mp3
No comments:
Post a Comment