PAGES

Friday, September 7, 2018

Fadhilat Surah Al Bayyinah (Pembuktian) : 1-8 Ayat


Bismillah..
Sedang mendengar surah ini dibacakan, anakanda dalam kandungan memberi respon. Agak aktif dari biasa...kemudiannya saya mengulang-ulang lagi bacaan. Ternyata anakanda yang sedang di dalam kandungan sangat sukakan surah Al Bayyinah (Pembuktian) ini.

Saya terus google terjemahan surah Al Bayyinah ini dan berjumpa dengan blogspot yang share berkenaan surah Al Bayyinah ini.

Di sini linknya : http://moslemquw.blogspot.com/2017/01/surat-al-bayyinah-bacaan-terjemahan.html


Terjemahan ayat : 

Khasiat : 

Jadi saya share-kan semula supaya mudah utk saya rujuk di masa hadapan. Syukur alhamdulillah kerana pemilik blog tersebut berkongsi KELEBIHAN SURAH AL BAYYINAH ini.



Untuk melawat pemilik info ini, sila klik di : http://moslemquw.blogspot.com/2017/01/surat-al-bayyinah-bacaan-terjemahan.html

Monday, August 20, 2018

WHY SETTLE FOR LESS IF YOU CAN HAVE THE BEST

"Dont wait until everything is just RIGHT. It will never be PERFECT. There will always be CHALLENGES, OBSTACLES and LESS THAN PERFECT CONDITION.

And another thing is .... ONCE you set your DREAM, PLAN IT!


Macam simple kan, tapi tak semua ade kekuatan nak bertindak. Bukan di tujukan pada sesiapa...yang utama adalah untuk ingatan penulis sendiri. Yang pastinya "quotes" yang kat atas tu bukan akak yang punya. Akak share je. Dengan harapan..kita sentiasa istiqamah dan diberi kekuatan untuk sentiasa berubah menjadi lebih baik setiap saat dan ketika. Sebelum tu, setiap hari pun dah bagus sangat. SEBAB nobody can change OVERNITE!


Yang penting, kita initiate. Perlu JELAS dgn APA YG KITA NAK! Dan RANCANG cara nak achieve MATLAMAT tu. Inshaallah, pasti dapat.

Masa akan terus berlalu walaupun we choose to STAY NUMB. Tak nak berubah dan SELESA. Ayam tetap berkokok setiap pagi walaupun kita tak sedar subuh dah hampir ke masa syuruk.


It is all up to us. KITA.. we are the one who control ourselves. Kalau org arah-arahkan kita, kita tak suka. Kalau orang kulikan kita, kita tak suka. SO, CHANGE!


Kalau kita tak suka sesuatu keadaan tu, CARI JALAN. Bukan membawang keadaan tu..sbb itu tak bawa kita ke mana-mana. Malahan meletihkan lagi memenatkan kerana tenaga kita disalurkan pada benda yang tak berfaedah.


Bangkitlah,
Senyum..
Kenalpasti apa yg kita nak, yang buat kita bahagia..
Dan rancang rancang rancang.

Semoga kita sama-sama berjaya di dunia dan akhirat.


Motivasi Isnin yang hebat,
08 Zulhijjah 1439
Isnin
20 Ogos 2018
Lusa dah Raya Haji.

Monday, August 6, 2018

HADAPI KESUSAHAN DGN SENYUMAN & RAHSIAKAN..JGN SHARE!

Bismillah.
Allahumma solli ala Muhammad.
Segala puji bagi ALLAH, semoga semua amalku diterima.

Sebagai khalifah Allah di muka bumi, kita tidak akan terlepas dari segala ujian dan cabaran dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini. Dan kebiasaannya, kita akan membicarakan segala kesusahan yang kita hadapi kpd orang lain... BUKAN untuk meraih simpati CUMA untuk melepaskan perasaan agar tekanan yang di hadapi dapat di kurangkan. NAMUN, menceritakan di sosial media atau mereka yang ada di sekeliling SEBENARNYA bukanlah satu tindakan yang bijak. 

Cara yang terbaik  ialah MELUAHAKANNYA PADA YANG ESA setiap kali selepas SOLAT atau bila-bila masa yang dirasakan sesuai. 

Sekiranya dirasakan perlu jugak untuk diluahkan, carilah seseorang yang benar-benar dipercayai dan tidak akan menceritakannya kepada orang lain.

KESAN NEGATIF menceritakan kepada orang lain
1) Org yang mendengar kemungkinan gembira dgn kesusahan anda, tapi menunjukkan simpati di hadapan anda.

2) Menceritakan kesusahan tersebut seolah-olah menarik ENERGI NEGATIF atau kesusahan tersebut untuk terus mengekori anda dan ia akan berlaku berulang-ulang kali

3) Menceritakan atau menyebarkan kesusahan pada orang lain seolah-olah  anda TIDAK REDHA dengan ujian ALLAH.

Setiap kesusahan itu ada hikmahnya. Dan yakinlah, setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan. JANJI ALLAH ITU PASTI. Dan DIA tidak pernah memungkiri nya.

Redha dengan setiap ketentuan dan teruskan berusaha mendapatkan yang TERBAIK!


Semoga bermanfaat.
Have a blessed Monday!