PAGES

Monday, August 6, 2018

HADAPI KESUSAHAN DGN SENYUMAN & RAHSIAKAN..JGN SHARE!

Bismillah.
Allahumma solli ala Muhammad.
Segala puji bagi ALLAH, semoga semua amalku diterima.

Sebagai khalifah Allah di muka bumi, kita tidak akan terlepas dari segala ujian dan cabaran dalam mengharungi kehidupan yang sementara ini. Dan kebiasaannya, kita akan membicarakan segala kesusahan yang kita hadapi kpd orang lain... BUKAN untuk meraih simpati CUMA untuk melepaskan perasaan agar tekanan yang di hadapi dapat di kurangkan. NAMUN, menceritakan di sosial media atau mereka yang ada di sekeliling SEBENARNYA bukanlah satu tindakan yang bijak. 

Cara yang terbaik  ialah MELUAHAKANNYA PADA YANG ESA setiap kali selepas SOLAT atau bila-bila masa yang dirasakan sesuai. 

Sekiranya dirasakan perlu jugak untuk diluahkan, carilah seseorang yang benar-benar dipercayai dan tidak akan menceritakannya kepada orang lain.

KESAN NEGATIF menceritakan kepada orang lain
1) Org yang mendengar kemungkinan gembira dgn kesusahan anda, tapi menunjukkan simpati di hadapan anda.

2) Menceritakan kesusahan tersebut seolah-olah menarik ENERGI NEGATIF atau kesusahan tersebut untuk terus mengekori anda dan ia akan berlaku berulang-ulang kali

3) Menceritakan atau menyebarkan kesusahan pada orang lain seolah-olah  anda TIDAK REDHA dengan ujian ALLAH.

Setiap kesusahan itu ada hikmahnya. Dan yakinlah, setiap kesusahan itu pasti ada kemudahan. JANJI ALLAH ITU PASTI. Dan DIA tidak pernah memungkiri nya.

Redha dengan setiap ketentuan dan teruskan berusaha mendapatkan yang TERBAIK!


Semoga bermanfaat.
Have a blessed Monday!




No comments:

Post a Comment