PAGES

Friday, November 15, 2019

GOAL SETTING!

PENTING KE GOAL SETTING?

Date : 15 November 2019
Day :  Friday


GOAL SETTING sangat penting umpama WAZE dlm kehidupan kita.
Kalau tak set goal, kita sebenarnya membiarkan diri menjadi seperti LALANG YG DI TIUP ANGIN. Takde arah tujuan.. Membiarkan diri hanyut jer.
.
.
Walaupun nampak mudah, kajian dari HARVARD pun dah jelas menunjukkan tak ramai pun CAN DO IT! Tak percaya, bole baca more details kt link bawah ni.

Sebenarnya hidup lebih mudah dgn adanya MATLAMAT YG JELAS.
Semoga coretan ni bermanfaat utk yang membacanya.

Love,
soAmazing

Credit to : https://www.wanderlustworker.com/the-harvard-mba-business-school-study-on-goal-setting/

Thursday, November 14, 2019

MENGENAL DIRI

Kenal ke?

QUESTION TO ASKED
Kita dah kenal ke diri kita sebenar? Potensi dan kebolehan diri kita. Mungkin, kita pernah terlintas dalam fikiran..

..aku pun boleh buat macam tu.
..aku pun tau gak buat benda macam tu..
..aku buat lagi baik ...

Tapi bila kita terlintas skrip-skrip macam tu dalam fikiran kita, ada ke tak proven success or RESULT yang menyokong statement dalam fikiran kita tu tadi.
Macam orang bijak pandai salu cakap, "Easy to said than done".

SOLUTION
So, kalau kita masih lagi keliru dengan potensi dalam diri kita... why not kita start semak diri, muhasabah diri, fokus untuk kenal diri supaya kita boleh gunakan kelebihan semua dengan betul.

So, nak kenal diri bukan mudah tapi kita harus bermula. Unless memang suka dengan keberadaan sekarang dan tak mau berubah. So nukilan ini bukan untuk korang.

Sebagai permulaan, maybe kita boleh start dengan list down semua PENCAPAIAN kita setakat ni.
Atau boleh jugak bermula dengan list down apa yang kita CAPABLE OF.
Atau pun nak EXPRESS, start tulis destinasi kita or ULTIMATE GOALS yang kita nak capai. Sooner or later, matlamat tu akan membantu kita heading to our ultimate goals tu.

So, sekarang tanya diri sendiri... KORANG NAK APA DALAM HIDUP NI?


Sunday, July 14, 2019

KALAU BOLEH JIMAT, KENAPA NAK MEMBAZIR...

14 July 2019
11 Zulkaedah 1440H
Ahad

Exam lagi 3 minggu. Buku teks dan additional notes dari lecturer baru dapat semalam. Dan semalam jugak sis bergegas nak print out notes supaya boleh buat revision ASAP. Sis langsung tak preview notes yg lecturer bagi. Sebab masa sesi explanation dalam kelas, nampak macam sikit je slide nya. Rupa-rupanya....jeng jeng jeng. Amik kau, sikit lagi nak sama tebal Calculus Textbook. Termenung jap sis tengok notes yg tebal. Dalam hati, ni bukan notes. Ni dah jadi textbook...huhuhuhu. Sis belek-belek notes tu, rupa-rupanya notes tu memang slide-slide yang lecturer share dalam kelas. Tepuk dahi! Kenapa laa aku tak check dulu. Harga pulak dalam RM36. So, sis pun muhasabah cepat-cepat kesilapan sis. Supaya TIDAK BERULANG LAGI. Sejarah memang akan berulang, TAPI biarlah SEJARAH MENCAPAI KEJAYAAN yang berulang-ulang. Bak kata bijak pandai,


"JANGAN JATUH KE DALAM LUBANG YG SAMA DUA KALI."

Apa yg terjadi sebenarnya?
1) Nak cepat
2) Dalam fikiran, dah imagine softcopy notes bertukar menjadi hardcopy notes.
3) Terus ke kedai printing dgn bayangan "nak hardcopy"
4) Bagi softcopy kat kedai dan suruh "PRINT SEMUA DAN ONE PAGE EACH"

Hasil :
1) Notes yg tebal (not handy, susah nak usung sana sini utk ulangkaji)
2) 1 page = 1 slide = MEMBAZIR ( sbb satu page boleh muat 4/6/9 slides kesesuaian data)
3) Membazir duit, kertas dan MASA.

Jadi, sis akan manfaatkan copy yg tebal itu dengan sebaiknya. ITU CERITA SEMALAM.
Hari ni, sis tak ke kedai printing terus. Lepas kelas, sis habiskan  terus assignment yang perlu submit 4 Ogos nanti. Buat dgn tenang dan fokus walaupun di sekeliling agak bising sbb tengah ramai orang kt Residensi kan..Tapi takpa, kita fokus. Siap je, sis terus ke printing shop. Kali ni, sis lebih bijak sbb tak ulang kesilapan semalam. Sis print notes smlm dan setkan 9 slides per page serta print sekali assignment tu.  Yeayyyy assignment dah siap! Boleh fokus utk study for EXAM. Dan, notes yg tebal smlm dh jadi berapa helai je dan kos nya hanya RM10.60. Ringan, nipis, senang di bawa kemana2 serta senang nak buat mind map. Ya Allah, semoga aku diberi kefahaman yang mendalam dan dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang aku perolehi.

APA PENGAJARAN YANG PALING PENTING?

1) Sebelum nak pegi PRINT tu, check dulu APA BENDA yg nak di print tu?
a) Berapa muka surat?
b) Apa yg terkandung pada setiap muka surat tu. SLIDE ke NOTES?
c) Boleh compress jadikan SATU PAGE je ke?

"TENANG ITU MENANG" - bak kata Prof Muhaya.

Okey, tu je la dulu. Sentiasa perbaiki diri semoga hari ini jadi lebih baik dari semalam. 


"HOW AM I GOING TO GROW TODAY?"  Tanya diri sendiri and move forward.


The End,
Student+working mom
Semoga bermanfaat.
Human born to learn and  lead.
Be awesome!

Wednesday, June 12, 2019

You are the company you keep

Earlier sis singgah di satu website >>>> "https://interestingengineering.com/9-ways-you-can-train-your-brain-to-be-smarter"

Engineering is my passion. So anything related dgn engineering akan trigger my sense. Anyway, back to my original intention. One of the point dlm tu bgtau...YOU ARE THE COMPANY YOU KEEP.  So....the 5 people we spend the most time with are ....
Prof Muhaya, Ustaz Abdul Somad, Ustaz Elyas, Ustaz Kazim, Azizan Osman, Ustazah Norhafizah, Ustazah Isfadeah, Ustaz Muhammad Al Amin opsss dah terlebih. Rupanya lebih dari 5 which is good for me. Later nak list kan kesemuanya semoga sis bole know myself better. 

Jom muhasabah diri!

8 SYAWAL 1440H

Tarikh : 12 Jun 2019 / 8 Syawal 1440h
Hari : Rabu



Bismillah.
Assalamualaikum wbt

Sekejap je dh 8 Syawal, aritu baru 8 Ramadhan. Tadi one thought cross my mind and sblm terlupa, sis nak abadikan lintasan fikiran tu di sini utk self-reference di masa hadapan.

" Dalam hidup ni, kita hanya bole buat 1 benda dlm 1 masa"

Even klu kita nak sesuatu pun. Kita cuma bole dptkan 1 benda dlm 1 masa. Sbg contoh, klu kita nk pegi ke SOGO, kita akan waze ke SOGO. klu kita nak ke MASJID, kita akan waze ke masjid. Pengaturcaraan kita TIDAK menjadikan kita utk WAZE 2 tempat secara serentak, or dalam SATU masa yang sama.

Fikir2kan.




Monday, May 13, 2019

Ramadhan Hari ke 8

Tarikh : 13 May 2019 / 8 Ramadhan 1440H
Hari : Isnin


Lama dah tak menulis di blog ni. Rindu jugak. Banyaknya monolog2 dlm fikiran, tapi bila mula menulis...ntah mana pergi cetusan2 fikiran yg memenuhi minda tu hilang.

Ya, bulan puasa..bulan Ramadhan..bulan yg diberkati .. from my humble opinion ni. Memang best sangat. Berpuasa di siang hari, dan berbuka tatkala azan Marghib berkumandang.

Rata2 utk berpuasa nmpk mcm mudah. Menahan diri dari makan dan minum. Tapi sebenarnya lebih lagi. Menahan nafsu shopping melampau2 sampai membazir, berbelanja di bazaar ramadan atau tmpt membeli belah sampai terlebih beli & beli yg tak perlu...sedangkan tugas utama kita di bulan Ramadhan adalah MENAHAN NAFSU. Segala nafsu, nafsu shopping, nafsu membazir, nafsu nak marah, nafsu mengumpat, nafsu makan secara berlebihan....on top of that, yg berat sggttt nk kawal masa bulan puasa ni CETUSAN HATI & LIDAH. Ini pada pandangan sis.. sbb hati sentiasa berkata2.. dlm jammmm dia mengomel2 mcm2.. Nak twist jadi zikir jadi sabar, di bulan ramadan ni lah kalau nak mula. Sbb bulan ramadhan ni banyak bantuan yg Allah bg & byk jgk ganjaran yg Allah nk bagi.

Sebelum mula menulis ni tadi, mmg sis terfikir2 sendiri...bukan mudah nk mendidik hati & lidah ni JADI LURUS. Ikut acuan ISLAM dgn sebenar2nya. Tambah2 lagi iman manusia ni turun naik. Tapi itu bukan alasan. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Rasanya, setakat tu dulu coretan sis. Smg di bulan yg mulia ni, kita bole start HABIT baru yg mengikut acuan ISLAM & praktikkan akhlak seindah akhlak Rasululllah SAW. Kena cuba sikit2 dlu, istiqamah... jommm.