PAGES

Sunday, July 14, 2019

KALAU BOLEH JIMAT, KENAPA NAK MEMBAZIR...

14 July 2019
11 Zulkaedah 1440H
Ahad

Exam lagi 3 minggu. Buku teks dan additional notes dari lecturer baru dapat semalam. Dan semalam jugak sis bergegas nak print out notes supaya boleh buat revision ASAP. Sis langsung tak preview notes yg lecturer bagi. Sebab masa sesi explanation dalam kelas, nampak macam sikit je slide nya. Rupa-rupanya....jeng jeng jeng. Amik kau, sikit lagi nak sama tebal Calculus Textbook. Termenung jap sis tengok notes yg tebal. Dalam hati, ni bukan notes. Ni dah jadi textbook...huhuhuhu. Sis belek-belek notes tu, rupa-rupanya notes tu memang slide-slide yang lecturer share dalam kelas. Tepuk dahi! Kenapa laa aku tak check dulu. Harga pulak dalam RM36. So, sis pun muhasabah cepat-cepat kesilapan sis. Supaya TIDAK BERULANG LAGI. Sejarah memang akan berulang, TAPI biarlah SEJARAH MENCAPAI KEJAYAAN yang berulang-ulang. Bak kata bijak pandai,


"JANGAN JATUH KE DALAM LUBANG YG SAMA DUA KALI."

Apa yg terjadi sebenarnya?
1) Nak cepat
2) Dalam fikiran, dah imagine softcopy notes bertukar menjadi hardcopy notes.
3) Terus ke kedai printing dgn bayangan "nak hardcopy"
4) Bagi softcopy kat kedai dan suruh "PRINT SEMUA DAN ONE PAGE EACH"

Hasil :
1) Notes yg tebal (not handy, susah nak usung sana sini utk ulangkaji)
2) 1 page = 1 slide = MEMBAZIR ( sbb satu page boleh muat 4/6/9 slides kesesuaian data)
3) Membazir duit, kertas dan MASA.

Jadi, sis akan manfaatkan copy yg tebal itu dengan sebaiknya. ITU CERITA SEMALAM.
Hari ni, sis tak ke kedai printing terus. Lepas kelas, sis habiskan  terus assignment yang perlu submit 4 Ogos nanti. Buat dgn tenang dan fokus walaupun di sekeliling agak bising sbb tengah ramai orang kt Residensi kan..Tapi takpa, kita fokus. Siap je, sis terus ke printing shop. Kali ni, sis lebih bijak sbb tak ulang kesilapan semalam. Sis print notes smlm dan setkan 9 slides per page serta print sekali assignment tu.  Yeayyyy assignment dah siap! Boleh fokus utk study for EXAM. Dan, notes yg tebal smlm dh jadi berapa helai je dan kos nya hanya RM10.60. Ringan, nipis, senang di bawa kemana2 serta senang nak buat mind map. Ya Allah, semoga aku diberi kefahaman yang mendalam dan dapat memanfaatkan ilmu-ilmu yang aku perolehi.

APA PENGAJARAN YANG PALING PENTING?

1) Sebelum nak pegi PRINT tu, check dulu APA BENDA yg nak di print tu?
a) Berapa muka surat?
b) Apa yg terkandung pada setiap muka surat tu. SLIDE ke NOTES?
c) Boleh compress jadikan SATU PAGE je ke?

"TENANG ITU MENANG" - bak kata Prof Muhaya.

Okey, tu je la dulu. Sentiasa perbaiki diri semoga hari ini jadi lebih baik dari semalam. 


"HOW AM I GOING TO GROW TODAY?"  Tanya diri sendiri and move forward.


The End,
Student+working mom
Semoga bermanfaat.
Human born to learn and  lead.
Be awesome!