PAGES

Thursday, September 1, 2011

4 cara mengetahui kelebihan & kekurangan yg ada pada diri a.k.a hidden talent or via versa

1 September 2011 bersamaan 3 Syawal 1432H


1 - BerGURU : guru lebih cenderung melihat kelebihan or kekurangan pelajar-pelajarnya.



2- BerSAHABAT : SAHABAT YG BAIK akan berkata benar & menegur serta memberitahu kepada kita sesuatu yg kita sendiri tak nampak/ tak perasan iaitu sikap atau tingkah laku kita yg baik atau sebaliknya.



3-BerMASYARAKAT : apabila kita bergaul dengan MASYARAKAT, kita akan tahu apabila mana kita diterima oleh masyarakat, terpinggir, pelik, menonjol atau dikagumi, punyai akhlak yg baik atau sebaliknya..di situ kita boleh menilai diri kita dgn memerhati penerimaan masyarakat kepada kita & tahap pergaulan serta sikap tulen yg ada pada diri..Sikap mana yg harus di buang & sikap mana yg harus di gilap.Sikap yg harus di elakkan antaranya ego, sombong,angkuh, bongkak, tinggi diri.Manakala yg harus di gilap seperti tolong menolong,murah senyuman, memberi salam apabila berjumpa, menghormati org tua.



4- MUSUH : BUKAN mencari musuh ye.(mungkin org yg kurang senang dgn kita) Kebiasaannya apabila seseorang mempunyai kelebihan2 tertentu yg tidak dimiliki org lain, maka segelintir daripada kita akan wujud perasaan kurang senang atau memusuhi org itu. Dia mungkin mengKONDEM atau memburuk2kan org tersebut. Dan telah menjadi lumrah, org yg cemerlang or terbaik or berjaya ini mesti akan mendapat kritikan2 dari org2 di sekelilingnya ( ada yg menyokong dan ada yg memusuhi ) Oleh itu, sekiranya ini berlaku, hendaklah kita memerhati, meneliti apa saja cercaan, hinaan atau luahan yg tidak adil yg diucapkan oleh org spt ini. Ambillah ia sebagai panduan utk kita memperbaiki diri agar lebih cemerlang.

Pernah sy terbaca suatu artikel, utk mengetahui samada anda telah benar2 berjaya atau tidak. Anda perhatikan berapa byk kritikan yg anda terima.( Bukan bmaksud anda harus membuat diri menjadi bahan kutukan. ) Sememangnya org yg berjaya akan mendapat pelbagai respon antaranya respon yg baik & negatif. So di situ anda tahu di mana anda berada sekarang, mengenalpasti destinasi & mula merancang. Adakah anda tetap menjadi org yg sama for the next 5 years atau anda akan menjadi lebih baik selepas 5 thn akan datang..



Bersama-sama kita ambil sebagai renungan.

Petikan dr Program ustaz zamri bersama jemputannya jam 6.00pm btarikh 15 Aug 2011 di Radio IKIM



No comments:

Post a Comment