PAGES

Wednesday, September 21, 2011

Against myself..

Dgn lafaz Bismillah.

Sahabat bercerita salah satu pengalaman pada hari sesi latihan yg lalu.
Type : Sesi 60min easy run.




Seperti biasa, mengikut jadual training yg telah di rancang sejak awal lagi hari nie saya menghadirkan diri di tempat latihan bersama-sama kawan-kawan yg sgt supportive. Dan latihan hari ini jugak bukan yg pertama kali saya buat tapi dh byk kali...yg nie adalah antara duration yg mininum & sebelum nie melebihi 60min dan bagi sy tak ade ape a.k.a small matter.

Tapi hari ini agak berlainan. Sejak petang sy tertanya2 pada diri mengapa sy harus training hari ini? ( persoalan yg tidak pernah muncul sebelum nie. mmg tidak pernah mpersoalkan ttg minat berlari nie ).
Terngiang2 persoalan itu di dalam kepala, sy tetap dtg ke tempat latihan. Melihat track seluas 400m yg harus di harungi selama 60min hati kecil sy mengeluh.

" Macamana sy boleh melakukan ini semua sebelum nie without hesitate before this ?"

Bertegur sapa dgn kawan2 menyebabkan sy lupa sebentar persoalan2 yg mengganggu fikiran.
Setelah memulakan latihan, sy cuba memotivasikan diri dgn mendengar lagu Rocky Balboa.
Sedikit terubat tapi sesungguhnya cabaran hari ini sgt besar bagi saya yg tidak pernah di duga diri sendiri.
Sepanjang berlari, hati sy asyik berdetik.."Penat la, sudah la " berkali2 mengajak sy berhenti.
Tapi logik akal sy mengingatkan " Ini sesi 60min, klu sy stop di tengah jalan, sy harus memulakan balik dari 0 minit. Sanggup?" sy mengugut diri.

Sepanjang larian juga, sy asyik memandang jam. Baru 14min? Baru 24min? Baru 32 min? Dan hati sy mengeluh tanpa henti sehinggalah ke minit ke 45. Hati sy berhenti menduga tetapi sebaliknya memberi semangat utk terus berlari dgn gagahnya.
Saya menghabiskan larian dgn bertenaga sekali.
Kerana hari telah mulai gelap dan kwn2 semuanya telah menamatkan sesi latihan masing2..sy merehatkan diri di bangku tmpt latihan. Menarik nafas lega krn telah bjaya menamatkan sesi latihan yg sgt mencabar perasaan.

Inilah rupa2nya atau mungkin antara pengalaman2 di lalui mereka yg lain sewaktu mjalani latihan. Pada sy yg bukan profesional pun sudah di duga, apa lagi atlit yg telah mewakili Malaysia maupun ke Olimpik.
Inilah yg dikatakan cabaran dalaman yg hanya kita sendiri boleh mengatasinya.
Keputusan utk meneruskan perjuangan atau tunduk patuh pada kemalasan diri.

Inilah antara detik bharga dlm hidup saya.
Pengalaman " against my own passion"
Pengalaman menghadapi nya.
Inilah yang di namakan USAHA, suatu nilai yg tidak mampu di bayar atau di beli.


No comments:

Post a Comment