PAGES

Tuesday, March 1, 2011

Destinasi kita




Tanpa TUJUAN, kita umpama kapal yang berlayar tiada destinasi.
Terombang-ambing di lautan
Kalau kuat hatinya, berjayalah meredah ombak-ombak laut
Kira lemah semangatnya, tenggelamlah dalam lautan yang dalam itu.
Itulah pengakhiran mereka yang tiada TUJUAN
Yang TIADA MATLAMAT


Membiarkan lautan membaham
Akur pada keadaan
Bila tumpas & tenggelam
Hidupnya di akhiri dengan mencium dasar laut
Itu pun kalau tidak di sambar jerung
Itu pun kalau tidak di cium makhluk lautan dalam
Dasar yang gelap, hitam lagi penuh misteri
Disitu lah hidup mu berakhir



BERANI

Beranikah kita mencapai impian kita
Beranikah kita keluar dari  "comfort zone " dan rutin  " i dont care"  kita?
Beranikah kita untuk melakukan walau hanya satu perubahan hari ini
Untuk menjadikan hari ini lebih baik dari semalam?
Beranikah kita melawan " lazy guy " dalam diri dan terus cuba membaiki diri?
Beranikah kita?


ADA  AKU KISAH?

Hari ini " aku tak kisah"
Bertakhta di bibir, bermain di hati
Hari ini segalanya kau endah
Melayari hidup sebegitu dan terus begitu

Suatu hari yang akan tiba
Engkau merintih
Engkau kesali
Meratapi  sikap mu dulu " aku tak kisah "

Terkena sendiri dan engkau mula kisah
Kisahkan tentang apa saja yang berlaku
Kisahkan segala yang ada di sekelilingmu
Kisahkan segala masa mu

Tapi usah kau kesali
Andai kisah mu itu
Di hujung waktu
Di saat maut menggigit usia

Kerana dulu engkau telah di beri ingatan
Tentang " aku tak kisah "









3 comments:

  1. Hidup ini perlu ada TUJUAN, disertakan IMPIAN & didorong oleh KEINGINAN. Kesungguhan dalam menggapai cita2 menjadikan hidup ini penuh bermakna & berwawasan. Mereka yang mempunyai IMPIAN akan berusaha siang & malam untuk merealisasikan matlamatnya. Manakala bagi golongan yang pemalas, hidup ini ibaratkan kapal belayar yang tiada destinasi mahupun tujuan & konsekuensinya....sebuah PENYESALAN!

    ReplyDelete
  2. klu konsekuensinya( kesudahan/kesan ) ada dlm Kamus Bahasa Kita, sayang sekali keJatian Bahasa Melayu kita semakin pudar..
    bukankah konsekuen dlm Inggeris consequence?
    Bahasa Kita Kebanggaan Kita. :)

    ReplyDelete
  3. Bahasa adalah satu cara bagaimana tamadun manusia berkomunikasi. Selain itu kita juga dapat berhubung dengan pertuturan mahupun dalam konteks ini penulisan. Bagi saya, penggunaan bahasa apa sekalipun selagi dapat difahami & tidak disalah ertikan maka kita dapat membina jurang komunikasi antara satu sama lain.
    There's no boundaries in language. Language is a universal tools which enable human beings from different race/religion to communicate.

    ReplyDelete