PAGES

Friday, July 29, 2011

Hari Jumaat : Ya Allah, selamatkan kami always..


Ujian Tanda Allah Sayang.



"Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan" Surah Al-Anbiyaa’: ayat 35



Tafsiran Ringkas :Ibnu Katsir dalam memberikan penerangan terhadap ayat ini menyatakan bahawa Allah menguji hambanya dengan musibah pada satu waktu, dan kemudian dengan nikmat pada waktu yang lain, untuk melihat siapa yang bersyukur dan siapa yang kufur, siapa pula yang sabar, dan siapa yang berputus harap.



Ibnu Kathir ada menukilkan kata-kata Ibnu ‘Abbas dalam menafsirkan ayat ini, bahawa Allah menguji hambanya dengan kecelakaan dan kesenangan, dengan kesihatan dan kesakitan, dengan kemewahan serta kemiskinan, dengan perkara yang halal dan apa yang haram, dengan ketaatan dan kemaksiatan, serta dengan hidayah dan kesesatan.

Berdasarkan tafsiran Ibnu ‘Abbas tersebut, dapat kita ketahui bahawa pada setiap orang, berbeza tahap ujian yang dikenakan ke atasnya.



Ini adalah selari dengan ayat pada surah al-Baqarah apabila Allah menyatakan : "Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya" [Al-Baqarah: ayat 233].


Dari ayat tersebut dapat kita ketahui bahawa ujian yang dikenakan kepada setiap hamba, adalah bersesuaian dengan apa yang mampu ditanggungnya. Dan setiap orang pula berbeza tahap tanggungannya dan penerimaan mereka terhadap ujian serta dugaan itu.


Manusia yang berhenti pada satu tahap kesusahan, akan menjadi orang yang putus asa dan bernasib malang. Dia akan memandang hidup ini dengan pandangan kosong dan hampa.


Namun, orang yang beriman akan menjadi semakin optimis dan terus berjuang untuk menyelesaikan semua kesulitan itu. Seorang yang beriman meyakini bahwa setiap kesulitan itu pasti mempunyai jalan keluar, dan yang pasti kesulitan itu tidak akan deberikan Allah swt, melainkan sesuai batas kemampuan manusia itu sendiri untuk memikulnya.




Manusia memang harus menanggung risiko kehidupan dunia ini. Kita sewajarnya bersedia menghadapi kesulitan dan kepayahan, kerana hidup memang diciptakan untuk itu. Akan tetapi, semua itu bertujuan baik, kerana dengan kesulitan-kesulitan itulah, Allah swt meningkatkan darjat manusia itu sendiri.

Ujian yang diberikan juga adalah untuk mengukur tahap keimanan seorang hamba. Ini telah dibuktikan secara jelas berdasarkan ayat 2-3 surah al’-Ankabut :

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta".


Jelas bahawa ujian yang diberikan adalah untuk menguji keimanan seorang manusia. Jika mempunyai darjah keimanan yang tinggi, maka kita akan menerimanya dengan keredhaan. Maka padanya rahmat Allah serta keredhaan-Nya.


Namun bagi manusia yang lalai serta tidak meredhai ujian yang diberikan ke atasnya. Maka dia sekadar mendapat kemurkaan daripada Allah dan kesesatan yang nyata.


Kesusahan dan kepayahan manusia selama di dunia, tidak akan pernah berhenti semenjak dalam kandungan sampai kematiannya datang. Bahkan, kematian itu sendiri adalah puncak dari kesusahan dan kepayahan hidup.

Dalam kehidupan di dunia ini, setiap manusia selalu berhadapan dengan berbagai bentuk kesulitan dan kesusahan. Walaupun dapat melepaskan diri dari satu kesulitan, maka dia akan menghadapi kesulitan yang lain.



Misalnya, seorang yang masih dalam bangku persekolahan merasa kesusahan dengan peperiksaan. Setelah lulus dan selesai dari bangku persekolahan, dia kembali menghadapi kesusahan untuk mendapatkan pekerjaan. Apabila memperolehi pekerjaan, muncul lagi kesusahan baru menghadapi cabaran di tempat kerja, begitulah seterusnya.Ini bererti bahawa ujian bagi manusia sebenarnya bertujuan baik bagi meningkatkan kualiti manusia itu sendiri.

Bukankah dengan ujian seorang siswa akhirnya mengengam segulung ijazah?. Dan bukankah dengan ujian juga, seorang guru biasa boleh menjadi seorang pengetua cemerlang yang disegani?. Oleh karena itu, ujian atau kesulitan bukanlah sesuatau yang wajar di takuti dan di pandang buruk.

Ujian tidak boleh dihindari atau ditakuti, karena ujian itu sendiri adalah kebaikan. Akan tetapi, yang salah dan buruk adalah gagal dalam menghadapi ujian dan kesulitan itu. Semakin banyak ujian dan kesulitan yang dihadapi, akan semakin tinggilah mutu seseorang kalau dia berhasil menyelesaikannya. Bukankah ikan yang enak dagingnya, adalah ikan yang sering berenang di air deras?. Dan bukankah emas yang sering dibakar akan semakin berkilat?.

Maka bersabarlah dalam menghadapi dugaan dan ujian daripada Allah dengan mencontohi sikap para anbiya, aulia dan solihin.dan ketahuilah, untuk setiap ujian yang diberikan oleh Allah pasti akan ada perkara yang lebih baik menanti.

Allah berfirman :Wahai orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. [ Surah Al-Baqarah: ayat 153].




Kesimpulan bagi ayat yang dibincangkan iaitu ayat 35, surah Al-Anbiyaa' di atas mempunyai tiga perkara penting untuk kita menyedarinya iaitu :


Allah menguji manusia dengan kesenangan untuk manusia bersyukur.


Allah menguji manusia dengan kesusahan untuk manusia bersabar.


Manusia akan dinilai oleh Allah dihari pembalasan kelak.


Ramai yang tewas apabila diuji dengan kemewahan, mereka mula lalai dan semakin jauh dari menginggati Allah sedangkan semasa ditimpa kesusahan mereka banyak menginggati Allah dan beribadah. Ramai juga yang tewas apabila ditimpa kesusuahan dan kesukaran mula menyalahkan Allah, menjauhkan diri dari Allah dan berbuat kerosakan terhadap orang lain, sedangkan semasa senang dia banyak bersedekah, menderma dan menolong orang yang susah. Ramai mula yang gila, hilang punca dan pedoman hidup akibat ujian demi ujian yang diberikan ke atasnya.


Maka redhalah dengan setiap ujian, bersyukur ketika dikuniakan nikmat dan kesenangan, bersabar apabila ditimpa musibah dan kesakitan, ingat kita akan menemui Allah pada suatu masa nanti.


Sesungguhnya Allah sayangkan kita, ujian dan cubaan sebagai peringatan supaya kita tidak terus hanyut dalam kesesatan dan tercampak dalam lembah kehinaan. Ujian dan dugaan menjadikan nikmat dan manisnya sebuah kehidupan...

 
 
 
 
 
Petikan dari (credit to) :http://chenurulhusna.blogspot.com/2010/07/ujian-tanda-allah-sayang.html

No comments:

Post a Comment