PAGES

Tuesday, August 2, 2011

Musibah..keep smiling, frown pergi jauh-jauh!!!


Tiada manusia bisa mengundur waktu ~ Opick.


Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya ~ Surah Al Baqarah ayat 233


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yg terdaya olehny. Ia mendapat pahala kebaikan yg diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yg diusahakannya  ~ Surah Al Baqarah  Ayat 286




Firman Allah:
"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya."
(Al-Quran Surah Al-Mu’minun 23 : Ayat 62).


Firman Allah:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." (Al-Quran Surah Ath-Thalaq 65 : Ayat 7).


ULANG AYAT 7 PERENGGAN AKHIR DI SURAH ATH-THALAQ (65) ITU:-

"Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan"!!..


ITU JANJI ALLAH..




Maka:-

"Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban?"
(Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)

[Kalimat ini Allah ulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman (55). Daripada 78 ayat, 31 daripadanya adalah ayat di atas ini..]






Dipetik daripada : http://kaktiny.blogspot.com/2010/10/dugaan-itu-derita.html


Buat renungan bersama ~ Perbualan dua sahabat alaf 21. Petikan dari perkongsian ilmu secara lisan.

Seorang sahabat menegur sahabatnya.
" Aku sentiasa melihat kau tersenyum, seolah-olah tidak pernah menghadapi masalah. Aku melihat hidupmu selalu kecukupan. Tak pernah ku lihat kau kekurangan" ~ dengan nada mengeluh.

Sahabat yang di tanya itu hanya tersenyum.

Kemudian bertanya lagi. " Apakah rahsia mu sahabatku ?".

Mendengarkan persoalan itu sahaja sahabat yang ditanya tadi sudah tahu, pasti sahaja sahabatnya itu beranggapan hidupnya senang lenang tiada masalah, tiada ujian, tiada dugaan.
Dia tersenyum sebelum menjawab soalan sahabatnya.

" Semua org punya masalah. Cuma bagaimana dia menghadapi nya terpulang pada empunya diri masing2." jawabnya perlahan.
Sahabat yg bertanya tadi mengerutkan dahi seolah2 tidak berpuas hati dengan jawapan itu.
Ingin tahu rahsia sahabatnya, mengangguk sedikit. Dan menunggu jawapan lagi..
Sahabatnya mengambil kertas dan menulis sesuatu. Selesai menulis, dia menghulurkan kertas tersebut pada sahabatnya yg bertanya.


1) Tulis dan gambarkan perkara-perkara yang membuatkan dirimu berasa bahagia, gembira, tersenyum.

2) Bagaimana engkau melihat dirimu sendiri selepas kau menghadapi ujian/ derita / musibah ini?
~ adakah kau melihat dirimu menjadi lebih baik dr sebelumnya.
~adakah kau melihat dirimu lebih berjaya?
~adakah kau semakin byk meluangkan masa mendekatkan diri padaNYA?

Cuba & tanya pada dirimu apa yg kau rasa? Semoga jawapan ku menjawab pertanyaan mu.





Apabila kita derita, kita hanya memikirkan betapa deritanya kita.
Apabila kita bahagia, kita jarang bersyukur betapa bahagianya kita.
Apabila kita bahagia, kita jarang berfikir betapa deritanya orang lain di saat kita bahagia.

Kerana itu apabila kita bahagia, perwatakan kita ceria.
Tapi bila dilanda derita, perwatakan kita menjadi kasar & berduka.
Itu menunjukkan yg kita belum betul2 yakin pada ALLAH YANG MAHA ESA
Itu bermakna hati kita masih sangat cintakan dunia dari cintakan Allah.


Muhasabah diri ~ Semoga kita sentiasa memperbaiki diri utk menjadi lebih baik LILLAHI TAALA









1 comment: