Dan apabila dugaan itu melanda...
Dan apabila Dia menguji mu..
Dan apabila ujian hidup mu di sinonimkan dgn masalah hidup..
Dan apabila hatimu bengkak
Fikiran mu runsing
Jiwa mu kecewa bercelaru
Dan hidupmu mula culas
...mana mungkin utk tersenyum.
Kerut di dahi
Keras tingkahmu...
.." Bukan salahku, aku di uji. Why me?" bela hatimu.
Pembelaan demi pembelaan demi mengIYAkan perwatakanmu..
Yang hilang senyuman, sedih, kecewa dan penuh keserabutan sedangkan semalamnya ia seorang yang ceria dan nampak bahagia.
Dan beberapa orang hamba Allah menyampaikan padamu....
" Apabila kita di uji, cuba lah untuk tersenyum. Sentiasa senyum walau apa jua ujianNYA"
"Manusia yang jiwanya kuat melihat masalah yang besar itu kecil sahaja. Ia masih mampu mengukir senyumannya, bahkan senyuman yang paling indah adalah senyuman ketika berdepan kedukaan. Hati sesiapa sahaja akan terasa kagum dan hormat pada ketenangan wajah dan senyuman yang dipamerkan ketika hidup dibebani musibah, kapayahan dan kesedihan. Senyuman ketika keseronokan adalah senyuman murahan yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Namun senyum dalam kedukaan hanya untuk jiwa-jiwa yang kuat yang memiliki hati yang hidup."
Ketika cobaan datang menghampirimu, ketika musibah mencoba mililitmu, ketika ujian kehidupan mendera emosi jiwamu. Maka, pada saat itulah jiwa harus ingat pada Tuhan. Kembalikan semua urusan pada-Nya, sebab semua urusan hanya milikNya.
Setelah itu, tersenyumlah, senyum sebanyak mungkin. Sebab senyuman adalah cara terindah jiwa menerima cobaan. Dan senyum itu, adalah imun yang terbaik bagi jiwa kita.
Selanjutnya, ajak akal berbicara dengan logika, di balik setiap peristiwa ada hikmah bagi jiwa. Ajak akal bercerita, setiap kejadian negatif bisa berubah menjadi positif, bila kita bisa melihat dengan sudut pandang yang tepat.
Kita mudah lupa betapa peritnya hidup tatkala bahagia menemani.
Dan kita sangat lupa betapa bahagianya kita suatu masa dulu ketika duka mendekati.
Amat mudah berpesan, memberi nasihat pada orang lain.
Ketika kita yang di uji? Mana pergi nya pesanan2 & nasihat2 yg dulunya kita kongsikan.
Mengapa apabila org lain yg berduka, mudah sekali kita menyelesaikannya.
Bila kita menghadapi nya dimana pergi semua jalan keluar.
Bezanya cuma ...
Fikiran tenang & hati yang lapang.
~ Ketika fikiran & hati tenang, maka mudahlah utk berfikir. Tercetuslah segala penyelesaian bagi segala masalah. Jelaslah segala jalan keluar. Mudahlah mengatasinya, menghadapinya.
Fikiran serabut & hati yang kacau
~ Sukarlah utk berfikir dengan baik. Berfikir dengan rational.
Fikir2kan...
Hidup tak sentiasa di atas.
Tatkala di bawah, bagaimana kita meneruskan kehidupan?
Dengan senyuman atau dgn muka yang masam mencuka?
No comments:
Post a Comment