PAGES

Wednesday, August 31, 2011

Hari ini 31 Ogos 2011 bersamaan 2 Syawal ~ Mari berpuasa 6

KELEBIHAN PUASA SUNAT ENAM HARI BULAN SYAWAL

Artikel Dari: Portal Komuniti :: Ukhwah.com
http://www.ukhwah.com/



Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.



Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.


Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.



Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.


Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”



Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.


Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.


Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.


Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.


Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.


Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.


Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?


Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.


Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.




Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.


Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.


Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.







Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua umat Islam. Bersempena dengan hari yang mulia ini, saya ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran bahasa yang mungkin tidak menyenangkan untuk sesetengah pelawat dan pembaca blog saya yang tak sederhana ini. Yang pastinya blog ini adalah bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri terutamanya dan berharap semoga saya sendiri akan terus memperbaiki diri agar menjadi lebih baik di masa akan datang.

Kepada yang menjadi member blog, bookmark blog ini dan menjadi pembaca setia, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menziarahi & meluangkan masa membaca artikel-artikel yang terdapat dalam blog saya ini.

Saya juga berharap seandainya terdapat salah dan silap yang tidak disengajakan atau yang tidak disedari, saya mohon di maafkan.

Semoga di hari mulia ini, kita sama-sama di sirami dengan wangian kebahagiaan & bertambah mekar kasih sayang sesama kita semua.










Monday, August 29, 2011

Malam Raya ~ Dendang perantau




Malam nie malam Raya, saya pasti ramai yang sibuk membuat persiapan. Tak kurang jugak, anak perantau semestinya berkumpul bersama membuat persediaan bersama rakan-rakan yang tidak dapat balik ke kampung pada AIDILFITRI 2011 ini.

Walau di mana saja anda berasa, saya mendoakan kita semua sentiasa berada di bawah lindunganNYA, kasih sayangNYA, cinta & redha NYA.

Berbahagialah di hari mulia ini.
Jangan lupa bersolat sunat HARI RAYA AIDILFITRI pada esok pagi yer.



Bersama-sama kita saling mengingati.


Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.

hari raya semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan


Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini.


Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup,
Saya mohon maaf zahir dan batin....






Keburukan TIDUR selepas Subuh & Asar



Sabda Nabi:



Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)


Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:


“Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:


Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.’
(Diriwayatkan al-Baihaqi)                                                                                                  maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.


‘Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi org yg beraqal.’(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)





Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:


Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah S.A.W ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.


Ibn Qaiyim menambah:


“Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar).”


Setengah ulama mengatakan:


“Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.




Friday, August 26, 2011

14 days without rice during Ramadhan ~ an experiment.

Bismillahirrahmanirrahim..



Kopi Arabica Susu Kambing  
Tahun lepas 2010, sy telah membuat eksperimen dgn minuman iaitu Kopi Arabica Susu Kambing.If bangun sahur last minute ( dh dekat2 nak azan ) selain kurma sebijik dua, sy akan terus minum kopi arabica susu kambing. Hasilnya alhamdulillah, the whole day bertenaga & mampu melaksanakan tugas seperti hari-hari biasa. Mengangkat2 equipment & besi2 strongly.



Say NO to rice for 14 days
Tahun ini 2011 sy telah membuat eksperimen dgn nasi. Bersahur dan berbuka tanpa nasi. Cuma consume sayur yg direbus, sayur yg ditumis, sup sayur, daging ayam or kambing, ayam goreng, serunding, bread, tat telur, cereals & lain2 lagi yg bukan nasi. Hasilnya, alhamdulillah Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari tahun lepas. Bukan saja tenaga nya luarbiasa, malahan seharian bpuasa byk aktiviti yg bermanfaat dpt dilakukan. Tidak seperti Ramadhan yg lepas, badan mmg terasa berat & I cannot pull all my energy, power to do my routine or chores.

Antara perbezaannya :

  1. Lebih bertenaga menjalani rutin harian dari Ramadhan sebelumnya.
  2. Kurang or tidak mengantuk selepas Sahur.
  3. Kurang or tidak mengantuk selepas waktu Asar.
  4. Mampu memperbanyakkan aktiviti yg berfaedah di siang hari terutamanya, di sambung lagi di sebelah malamnya.
~selepas Sahur, selepas Subuh & selepas waktu Asar adalah masa yg paling kritikal di mana mata selalu saja berattt & terasa mengantuk.



KETAHUI   Keburukan Tidur selepas Subuh & selepas Asar
(tajuk utk entry esok ISNIN, 29 August 2011)


Thursday, August 25, 2011

Jangan sampai terlupa, aku sentiasa milik MU



Permaidani

Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini

Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari

Oh... nyamannya
Bila diperlukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa

Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini











Wednesday, August 24, 2011

Ramadan Buffet


This Ramadan, break fast with family and friends at Shah Alam Convention Centre (SACC) from Aug 2 to 28.



The buffet themed Ramadan Rasa Nusantara will be presenting a selection of over 100 types of mouth-watering dishes, ranging from tempting appetisers to satisfying desserts and visitors will surely be spoilt for choice.


The buffet spread will feature Nusantara cuisine from the Malay archipelago or Rumpun Melayu, cuisines which originated from the Sumatra, Jawa, Lampung, South Thailand, South Philippines, Malaysia and Brunei regions.


Some of the highlights include the popular Kambing Kebuli, Beriyani , Lidah Bakar, Satay and Udang Bakar Berempah.


There will also be a Bazaar Aidiffitri, zakat collection counter and surau for the diners’ convenience.


The Ramadan buffet is priced at RM65 nett for adults and RM30 nett for children aged from 6 to 10 years. For details and reservation, call 03-5511 8814.






Tuesday, August 23, 2011

Kesan atas Pembaca Pengamal AlQuran



Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.


Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata, Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'



Sila sebarkan Hadis ini kepada semua .......kerana

'Sampaikan pengetahuan dari ku walaupun hanya satu ayat.' sabda Rasullullah


Monday, August 22, 2011

Kelebihan solat Terawih malam ke 21 hingga 24



■Malam 21: Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.


■Malam 22 (malam tadi ): Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Mahsyar).

■Malam 23( malam ini ): Allah subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

■Malam 24( malam esok) : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang bertarawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).




Friday, August 19, 2011

Kelebihan solat Terawih malam ke 20



Malam 20: Allah kurniakan kepadanya pahala sekalian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.



Bersama-samalah kita memperbaiki diri.









Thursday, August 18, 2011

Kelebihan solat Terawih malam ke 19





Malam 19: Allah Subhanahuwataala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus




Wednesday, August 17, 2011

Nuzul Al Quran 17 Ramadhan




NUZUL AL-QURAN



Sejarah al-Quran: Antara peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185)


Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.


Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.

Erti Nuzul al-Quran: ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1






Nama-Nama Lain:


Selain disebut al-Quran, ia juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain. Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:


1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)


2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.


3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).


5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.


6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.


7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2


8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”


Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya.


1.Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.


2.Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.


3.Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.


Peringatan:


1.Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.


2.Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.


3.Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.


4.Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.


5.Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).


Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.



Dr. Abdul Rahman Abdullah
Atase Pendidikan,
MSD Washington DC.









Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.


Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq.

Kelebihan solat Terawih malam ke 18




Malam 18: Seru Malaikat: Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).




Tuesday, August 16, 2011

Kelebihan solat Terawih malam ke 17




Malam 17: Allah kurniakan orang yang bertarawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.





Monday, August 15, 2011

Kelebihan solat Terawih malam ke 14 ke 16



■Malam 14 (malam sebelumnya ) : Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang tarawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.


■Malam 15( malam tadi ): Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakan supaya Allah mengampunkan.

■Malam 16 ( malam ni ) : Allahsubhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
 
 
 
 
 

LEMAK BABI UTK PANDUAN TUAN / PUAN MEMBUAT PERSIAPAN RAYA



Disertakan lists out - KOD LEMAK BABI untuk panduan bersama sempena bulan yang mulai ini.
 
METRO EDISI S'WAK BERTARIKH 04 OGOS 2011 MELAPORKAN

KOD LEMAK BABI - PERIKSA DULU SEBELUM BELI SESUATU


 Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang ni...kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu....


Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..

Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?

Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama...

Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua...

Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...

Friday, August 12, 2011

Kelebihan solat Terawih malam ke 13



Malam 13: Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.





Thursday, August 11, 2011

Kelebihan solat Terawih malam ke 12



Malam 12: Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).





Wednesday, August 10, 2011

Kelebihan solat Terawih malam ke 11


Berlalu sudah 10 hari Awal Ramadhan, dah masuk pertengahan Ramadhan (11-20 Ramadhan) iaitu Pengampunan Dari Allah


Malam 11: Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.






Tuesday, August 9, 2011

Ramadhan hari yang ke 9



Malam 9 (malam tadi ): Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

Malam 10 (malam ini ) : Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat.




Semoga mendapat keberkatan,

Semoga bertambah kemajuan & kualiti segala urusan seperti Rasulullah.

Semoga keredhaanNya sentiasa bersama kita.










Monday, August 8, 2011

Kelebihan Solat Terawih malam ke 7 ke 10



■Malam 7: Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fi’raun dan Hamman.


■Malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

■Malam 9: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhamad S.A.W.

■Malam 10: Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan akhirat
 
 
 
 

Friday, August 5, 2011

Kelebihan Solat Terawih malam ke 6








Manfaat Dan Keutamaan Shalat Tarawih


Manfaat Dan Keutamaan Shalat Tarawih - Sholat tarawih adalah salah satu ibadah sunah yang wajib di laksanakan saat bulan ramadhan tiba, bagi umat muslim, sholat tarawih pada bulan ramadhan hampir sama pentingnya dengan melaksanakan shulat fardu 5 waktu pada hari-hari biasa diluar bulan ramadhan, karena itu Manfaat dan Keutamaan Shalat Tarawih Sangat banyak.



Shalat tarawih di malam bulan ramadhan memiliki segudang Manfaat Dan Keutamaan Shalat Tarawih diantaranya sebagai berikut yang akan saya jelaskan secara 1 per 1 secara mendetail agar teman – teman mengetahui apa Manfaat Dan Keutamaan Shalat Tarawih.

Manfaat Dan Keutamaan Shalat Tarawih

■Malam 1: Diampuni dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti halnya ia baru dilahirkan, mendapat pengampunan dari Allah.

■Malam 2: Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang tarawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

■Malam 3: Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy’ supaya kami meneruskan sembahyang tarawih terus-menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

■Malam 4: Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

■Malam 5: Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

■Malam 6: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
 
 
 
Petikan dari JacketCyber

Thursday, August 4, 2011

Experiencing Low Blood Pressure?



Hypotension

Low blood pressure; Blood pressure - low; Postprandial hypotension; Orthostatic hypotension; Neurally mediated hypotension; NMH
Last reviewed: February 20, 2011.

Low blood pressure, or hypotension, occurs when blood pressure during and after each heartbeat is much lower than usual. This means the heart, brain, and other parts of the body do not get enough blood.
See also: Blood pressure



Causes, incidence, and risk factors

Blood pressure that is borderline low for one person may be normal for another. Most normal blood pressures fall in the range of 90/60 millimeters of mercury (mm Hg) to 130/80 mm Hg. But a significant drop, even as little as 20 mm Hg, can cause problems for some people.



There are three main types of hypotension:

•Orthostatic hypotension, including postprandial orthostatic hypotension

•Neurally mediated hypotension (NMH)

•Severe hypotension brought on by a sudden loss of blood (shock), infection, or severe allergic reaction


Orthostatic hypotension is brought on by a sudden change in body position, most often when shifting from lying down to standing. This type of hypotension usually lasts only a few seconds or minutes. If this type of hypotension occurs after eating, it is called postprandial orthostatic hypotension. This form most commonly affects older adults, those with high blood pressure, and persons with Parkinson's disease.

NMH most often affects young adults and children. It occurs when a person has been standing for a long time. Children usually outgrow this type of hypotension.

Low blood pressure is commonly caused by drugs such as:

•Alcohol
•Anti-anxiety medications
•Certain antidepressants
•Diuretics
•Heart medicines, including those used to treat high blood pressure and coronary heart disease
•Medications used for surgery
•Painkillers

Other causes of low blood pressure include:

•Advanced diabetes
•Anaphylaxis (a life-threatening allergic response)
•Changes in heart rhythm (arrhythmias)
•Dehydration
•Fainting
•Heart attack
•Heart failure
•Shock (from severe infection, stroke, anaphylaxis, blood loss, or heart attack)

Symptoms

Symptoms may include:

•Blurry vision
•Confusion
•Dizziness
•Fainting (syncope)
•Light-headedness
•Sleepiness
•Weakness

Signs and tests

The health care provider will examine you and try to determine what is causing the low blood pressure. Your vital signs (temperature, pulse, rate of breathing, blood pressure) will be checked frequently. You may need to stay in the hospital for a while.

The doctor will ask questions, including:

•What is your normal blood pressure?
•What medications do you take?
•Have you been eating and drinking normally?
•Have you had any recent illness, accident, or injury?
•What other symptoms do you have?
•Did you faint or become less alert?
•Do you feel dizzy or light-headed when standing or sitting after lying down?


The following tests may be done:

•Basic metabolic panel
•Blood cultures to check for infection
•Complete blood count (CBC), including blood differential
•ECG
•Urinalysis
•X-ray of the abdomen
•X-ray of the chest

Treatment


Hypotension in a healthy person that does not cause any problems usually doesn't require treatment.

If you have signs or symptoms of low blood pressure, you may need treatment. Treatment depends on the cause of your low blood pressure. Severe hypotension caused by shock is a medical emergency. You may be given blood through a needle (IV), medicines to increase blood pressure and improve heart strength, and other medicines, such as antibiotics. For more details, see the article on shock.

If you have orthostatic hypotension caused by medicines, your doctor may change the dose or switch you to a different drug. DO NOT stop taking any medicine before talking to your doctor. Other treatments for orthostatic hypotension include increasing fluids to treat dehydration or wearing elastic hose to boost blood pressure in the lower part of the body.

Those with NMH should avoid triggers, such as standing for a long period of time. Other treatments involve drinking plenty of fluids and increasing the amount of salt in your diet. (Ask your doctor about specific recommendations.) In severe cases, medicines such as fludrocortisone may be prescribed.


Expectations (prognosis)

Low blood pressure can usually be treated with success.



Complications
•Shock
•Injury from falls due to fainting

Falls are particularly dangerous for older adults. Fall-related injuries, such as a broken hip, can dramatically impact a person's quality of life.

Severe hypotension starves your body of oxygen, which can damage the heart, brain, and other organs. This type of hypotension can be life threatening if not immediately treated

Calling your health care provider

When you have symptoms from a drop in blood pressure, you should immediately sit or lie down and raise your feet above heart level.

If low blood pressure causes a person to pass out (become unconscious), seek immediate medical treatment or call the local emergency number (such as 911). If the person is not breathing or has no pulse, begin CPR.

Call your doctor immediately if you have any of the following symptoms:

•Black or maroon stools
•Chest pain
•Dizziness, lightheadedness
•Fainting
•Fever higher than 101 degrees Fahrenheit
•Irregular heartbeat
•Shortness of breath



Also call your doctor if you have:

•Burning with urination or other urinary symptoms
•Cough with phlegm
•Inability to eat or drink
•Prolonged diarrhea or vomiting

Prevention

If you have low blood pressure, your doctor may recommend certain steps to prevent or reduce your symptoms. This may include:
•Avoiding alcohol
•Avoiding standing for a long time (if you have NMH)
•Drinking plenty of fluids
•Getting up slowly after sitting or lying down
•Using compression stockings to increase blood pressure in the legs



References

1.Calkins H, Zipes DP. Hypotension and syncope. In: Libby P, Bonow RO, Mann DL, eds. Braunwald's Heart Disease: A Textbook of Cardiovascular Medicine. 8th ed. Philadelphia, Pa: Saunders Elsevier;2007:chap 37.

Review Date: 2/20/2011.



Reviewed by: David C. Dugdale, III, MD, Professor of Medicine, Division of General Medicine, Department of Medicine, University of Washington School of Medicine. Also reviewed by David Zieve, MD, MHA, Medical Director, A.D.A.M., Inc.

Wednesday, August 3, 2011

Senyum menghadapi ujianNYA


Dan apabila dugaan itu melanda...
Dan apabila Dia menguji mu..
Dan apabila ujian hidup mu di sinonimkan dgn masalah hidup..
Dan apabila hatimu bengkak
Fikiran mu runsing
Jiwa mu kecewa bercelaru
Dan hidupmu mula culas
...mana mungkin utk tersenyum.
Kerut di dahi
Keras tingkahmu...
.." Bukan salahku, aku di uji. Why me?" bela hatimu.
Pembelaan demi pembelaan demi mengIYAkan perwatakanmu..
Yang hilang senyuman, sedih, kecewa dan penuh keserabutan sedangkan semalamnya ia seorang yang ceria dan nampak bahagia.



Dan beberapa orang hamba Allah menyampaikan padamu....

" Apabila kita di uji, cuba lah untuk tersenyum. Sentiasa senyum walau apa jua ujianNYA"


"Manusia yang jiwanya kuat melihat masalah yang besar itu kecil sahaja. Ia masih mampu mengukir senyumannya, bahkan senyuman yang paling indah adalah senyuman ketika berdepan kedukaan. Hati sesiapa sahaja akan terasa kagum dan hormat pada ketenangan wajah dan senyuman yang dipamerkan ketika hidup dibebani musibah, kapayahan dan kesedihan. Senyuman ketika keseronokan adalah senyuman murahan yang mampu dimiliki oleh sesiapa sahaja. Namun senyum dalam kedukaan hanya untuk jiwa-jiwa yang kuat yang memiliki hati yang hidup."


Ketika cobaan datang menghampirimu, ketika musibah mencoba mililitmu, ketika ujian kehidupan mendera emosi jiwamu. Maka, pada saat itulah jiwa harus ingat pada Tuhan. Kembalikan semua urusan pada-Nya, sebab semua urusan hanya milikNya.



Setelah itu, tersenyumlah, senyum sebanyak mungkin. Sebab senyuman adalah cara terindah jiwa menerima cobaan. Dan senyum itu, adalah imun yang terbaik bagi jiwa kita.


Selanjutnya, ajak akal berbicara dengan logika, di balik setiap peristiwa ada hikmah bagi jiwa. Ajak akal bercerita, setiap kejadian negatif bisa berubah menjadi positif, bila kita bisa melihat dengan sudut pandang yang tepat.




Kita mudah lupa betapa peritnya hidup tatkala bahagia menemani.
Dan kita sangat lupa betapa bahagianya kita suatu masa dulu ketika duka mendekati.
Amat mudah berpesan, memberi nasihat pada orang lain.
Ketika kita yang di uji? Mana pergi nya pesanan2 & nasihat2 yg dulunya kita kongsikan.
Mengapa apabila org lain yg berduka, mudah sekali kita menyelesaikannya.
Bila kita menghadapi nya dimana pergi semua jalan keluar.

Bezanya cuma ...

Fikiran tenang & hati yang lapang.
~ Ketika fikiran & hati tenang, maka mudahlah utk berfikir. Tercetuslah segala penyelesaian bagi segala masalah. Jelaslah segala jalan keluar. Mudahlah mengatasinya, menghadapinya.


Fikiran serabut & hati yang  kacau
~ Sukarlah utk berfikir dengan baik. Berfikir dengan rational.

Fikir2kan...




Hidup tak sentiasa di atas.
Tatkala di bawah, bagaimana kita meneruskan kehidupan?
Dengan senyuman atau dgn muka yang masam mencuka?













Tuesday, August 2, 2011

Musibah..keep smiling, frown pergi jauh-jauh!!!


Tiada manusia bisa mengundur waktu ~ Opick.


Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya ~ Surah Al Baqarah ayat 233


Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yg terdaya olehny. Ia mendapat pahala kebaikan yg diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yg diusahakannya  ~ Surah Al Baqarah  Ayat 286




Firman Allah:
"Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya."
(Al-Quran Surah Al-Mu’minun 23 : Ayat 62).


Firman Allah:

"Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan." (Al-Quran Surah Ath-Thalaq 65 : Ayat 7).


ULANG AYAT 7 PERENGGAN AKHIR DI SURAH ATH-THALAQ (65) ITU:-

"Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan"!!..


ITU JANJI ALLAH..




Maka:-

"Fa-biayyi alaa'i Rabbi kuma tukadzdzi ban?"
(Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?)

[Kalimat ini Allah ulang sebanyak 31 kali dalam Surah Ar-Rahman (55). Daripada 78 ayat, 31 daripadanya adalah ayat di atas ini..]






Dipetik daripada : http://kaktiny.blogspot.com/2010/10/dugaan-itu-derita.html


Buat renungan bersama ~ Perbualan dua sahabat alaf 21. Petikan dari perkongsian ilmu secara lisan.

Seorang sahabat menegur sahabatnya.
" Aku sentiasa melihat kau tersenyum, seolah-olah tidak pernah menghadapi masalah. Aku melihat hidupmu selalu kecukupan. Tak pernah ku lihat kau kekurangan" ~ dengan nada mengeluh.

Sahabat yang di tanya itu hanya tersenyum.

Kemudian bertanya lagi. " Apakah rahsia mu sahabatku ?".

Mendengarkan persoalan itu sahaja sahabat yang ditanya tadi sudah tahu, pasti sahaja sahabatnya itu beranggapan hidupnya senang lenang tiada masalah, tiada ujian, tiada dugaan.
Dia tersenyum sebelum menjawab soalan sahabatnya.

" Semua org punya masalah. Cuma bagaimana dia menghadapi nya terpulang pada empunya diri masing2." jawabnya perlahan.
Sahabat yg bertanya tadi mengerutkan dahi seolah2 tidak berpuas hati dengan jawapan itu.
Ingin tahu rahsia sahabatnya, mengangguk sedikit. Dan menunggu jawapan lagi..
Sahabatnya mengambil kertas dan menulis sesuatu. Selesai menulis, dia menghulurkan kertas tersebut pada sahabatnya yg bertanya.


1) Tulis dan gambarkan perkara-perkara yang membuatkan dirimu berasa bahagia, gembira, tersenyum.

2) Bagaimana engkau melihat dirimu sendiri selepas kau menghadapi ujian/ derita / musibah ini?
~ adakah kau melihat dirimu menjadi lebih baik dr sebelumnya.
~adakah kau melihat dirimu lebih berjaya?
~adakah kau semakin byk meluangkan masa mendekatkan diri padaNYA?

Cuba & tanya pada dirimu apa yg kau rasa? Semoga jawapan ku menjawab pertanyaan mu.





Apabila kita derita, kita hanya memikirkan betapa deritanya kita.
Apabila kita bahagia, kita jarang bersyukur betapa bahagianya kita.
Apabila kita bahagia, kita jarang berfikir betapa deritanya orang lain di saat kita bahagia.

Kerana itu apabila kita bahagia, perwatakan kita ceria.
Tapi bila dilanda derita, perwatakan kita menjadi kasar & berduka.
Itu menunjukkan yg kita belum betul2 yakin pada ALLAH YANG MAHA ESA
Itu bermakna hati kita masih sangat cintakan dunia dari cintakan Allah.


Muhasabah diri ~ Semoga kita sentiasa memperbaiki diri utk menjadi lebih baik LILLAHI TAALA









Monday, August 1, 2011

Solat Sunat Terawih


SOLAT SUNAT TARAWIH: HIKMAH DAN CARA


Solat sunat muakkad berjamaah ialah; Solat Sunat Hari Raya, Solat Sunat Khusuf dan Kusuf, Solat Sunat Istisqa’ dan Solat Sunat Tarawih.




Solat Sunat Tarawih, (1) ialah solat pada malam bulan Ramadhan. Nama sebenarnya, seperti yang disebut oleh hadis sahih, ialah solat Ramadhan (Qiyam Ramadhan).


Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat. Qiyam Ramadhan ini dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat, maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah. Kalau sembahyang itu 20 rakaat, maka akan ada lima tarwihah, atau mengikut nahu Arab lima tarawih. Tidak ada hukum untuk berehat. Seseorang boleh sahaja terus sembahyang hingga habis, tanpa berhenti.




HlKMAH


Solat sunat tarawih (Qiyam Ramadhan) dilakukan pada malam Ramadhan, secara berjamaah. Solat ini dilaksanakan dengan “berehat-rehat”, kerana ia biasanya dilakukan di masjid secara berjamaah. Maksud berhenti rehat adalah berhenti sekejap. Tujuan solat berehat-rehat untuk mengelakkan ketegangan badan selepas berbuka puasa, disamping memberikan keikhlasan dan ketenangan kepada orang yang sembahyang, khususnya orang yang berumur.


Solat ini digalakkan sebagai cara untuk menghidupkan malam bulan Ramadhan. Nabi menggalakkan orang qiyam Ramadhan, tanpa menjadikannya wajib. Baginda bersabda: “Siapa yang qiyam Ramadhan dengan beriman dan cermat(ihtisaban)(2) akan diampuni dosanya yang lalu.” (Riwayat Jamaah)(3)


Bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat dan diberikan hikmat, antaranya ialah malam diturunkan Quran dan “lailatul qadar”. Solat tarawih dapat menghapuskan segala dosa yang dilakukan oleh seseorang. Solat tarawih ini jika dilakukan pada bulan selain bulan Ramadhan dipanggil solat malam – “solat lail”. Namun solat tarawih lebih utama kerana kedudukannya pada bulan Ramadhan. Solat ini tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi, tetapi cara melakukannya ada kalanya berjamaah di masjid dan ada kalanya tidak.




CARA


Solat sunat tarawih atau qiyam Ramadhan dilakukan selepas solat Isya. Jumlah rakaatnya berbeza-beza antara lapan, dua puluh, tiga puluh dan sebagainya. Terdapat hadis Bukhari dan Muslim mengatakan bahawa Saidatina Aisyah r.anha, isteri Rasulullah s.a.w, melihat baginda bersolat tarawih di rumah lapan rakaat.(4) Dan terdapat amalan sahabat Nabi s.a.w yang pernah menjadi imam solat tarawih pada zaman Nabi, iaitu Ubai bin Kaab r.a, yang mendirikan solat ini 20 rakaat (juga diriwayatkan oleh Bukhari).(5)


Terdapat juga amalan penduduk Madinah melakukan solat tarawih 36 rakaat, dan dalam hadis riwayat al-Baihaqi mengatakan ada sahabat yang solat tarawih 200 rakaat.(6) Mereka berpendapat bahawa solat tarawih (qiyam Ramadhan) adalah nama lain bagi solat mutlak malam (qiyamul lail}. Jika qiyamullail tidak dihadkan jumlah rakaatnya, maka qiyam Ramadhan pun demikian.


Solat sunat Ramadhan lapan rakaat, seperti yang dilihat oleh Aisyah r.anha di rumah, adalah yang minimum. Jumlah ini dipilih oleh segelintir umat Islam. Namun, solat tarawih 20 rakaat menjadi pilihan Imam Shafei, Hanbali dan Hanafi. Alasannya ialah amalan 20 rakaat itu dilakukan oleh Ubai bin Kaab r.a di masjid. Beliau, yang pernah menjadi imam pada zaman Nabi s.a.w, zaman Saidina Abu Bakar r.a dan zaman Saidina Umar r.a, melakukan solat tarawih 20 rakaat,(7) sehingga Saidina Umar r.a pun menetapkan solat tarawih berjamaah di masjid 20 rakaat.(8)


Sebagai hamba kepada Allah yang ingin mengabdi dan berbakti, kita mempunyai pilihan, keupayaan dan kehendak sendiri. Sebabnya, solat tarawih ini ibadat tambahan, dan satu cara untuk menunjukkan kebaktian dan ketaatan kepada Allah, maka Rasulullah s.a.w menyuruh ia dilakukan mengikut kemampuan (9), keikhlasan dan kerelaan. Sekiranya memadai dengan lapan, atau perlu ditambah hingga 20, itu hanyalah pilihan.


Perlu diingatkan ialah manusia perlu menjaga kesihatan, perlu tidur, perlu rehat seperti yang disabdakan oleh Nabi: “Adakah kamu yang memberitahu aku, kamu berpuasa pada siang hari dan solat sepanjang malam? Maka Abdullah bin Amru menjawab: Benar! Maka sabda Nabi: “Jangan buat begitu. Tetapi puasalah, bukalah, solatlah dan tidurlah. Badan kamu ada hak, dan mata kamu pun ada hak.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)(10).


Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat. Tidak ada hadis Nabi tentang bacaan surah ini.


Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.




Nota:


Sekiranya solat sendirian di rumah, maka bolehlah membaca surah panjang atau ayat Quran sebanyak-banyaknya. Namun sekiranya berjamaah di masjid umum, maka pendapat yang terpilih ialah bacaan imam haruslah ringkas, yang terdiri lima atau enam ayat untuk satu rakaat. Perkara yang perlu dijauhi ketika mendirikan solat sunat, apa jenis solat sunat pun, ialah menjauhkan sikap riya’. Hal ini ditegah Allah: “Celakalah (orang yang solat) yang mereka menunjuk-nunjuk. (al-Ma’un :6)(11)






Lafaz niat:






أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى






Niat di hati: “Sengaja saya solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”






PERINGATAN:


Semua solat sunat bersendirian boleh dilakukan dengan cara duduk (solat fardhu tidak sah dilakukan sambil duduk sekiranya berkuasa berdiri)(12)








Nota




(1) Nawawi mengatakan semua ulama sepakat tentang hukumnya. Lihat al-Majmu’, Juz 4, hlm 37.


(2) Mengikut Syaukani, ertinya solat yang ikhlas dan tidak riya’. Lihat NailulAutar, Juz 3, hlm 50.


(3) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 251; al-Jami’ al-Sahih, Juz 2, hlm 176; Sunan Abu Daud, Juz 2, hlm 49; Sunan al-Nasai, Juz 4, hlm 155; Sunan Ibnu Majah, Juz 1, hlm 420; Sunan al-Darimi, Jilid 1, hlm 474; al-Muwatta’, Juz 1, hlm 113.


(4) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 253.


(5) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.


(6) Al-Majmu’, Juz 5, hlm 38.


(7) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 252.


(8) al-Baihaqi, Juz 2, hlm 496.


(9) Bukhari, Juz 2, hlm 48; Muslim, Juz 2, hlm 189.


(10) Bukhari, Juz 2, hlm 245; Muslim, Juz 3, hlm 162.


(11) Quran, surah al-Ma’un (107), ayat 6.


(12) Sahih Bukhari, Juz 2, hlm 40; Muslim, Juz 2, hlm 163.










Rujukan:


1. Haji Mohamad Jajuli Abd. Rahman. 2005. Solat-solat Sunat Hikmah Dan Cara. Selangor : Wholesale-mart Business Point Sdn Bhd. m.s 37-41


2. Ad-Diyari.com
 
Dipetik dari http://www.arabmykrk.com/artikel/solat-sunat-tarawih-hikmah-dan-cara.html