Selamat Menyambut Tahun Baru 2012.
Segala yang berlaku pada tahun 2011 samada baik dan buruk kita jadikan
ingatan, teladan dan pengajaran.
Yang manis itu kita kenang.
Yang pahit itu kita jadikan suatu pengalaman yang berharga..
Yang sangat perlu kita pelajarinya agar dapat menjadi bekalan ilmu di masa hadapanTidak diulangi kesilapan yang lalu kerana kita telah mengambil iktibar darinyaDan bersungguh-sungguh mengamati nya agar yang pahit itu sebenarnya antara cara kita mengenal diri dan memperbaiki diri..Perjalanan ini tidak mudahTidak juga terlalu sukar utk di lalui krn DIA sentiasa menguji hamba-hambaNYA mengikut kemampuan mereka..Tapi lebih idealnya...hidup ini punya cabaranKita lah yang menentukan dari pandangan mata hati dan lahiriah...Yang pasti hidup ini sementaraTapi harus kita harungi dgn sungguh-sungguh penuh ilmu dan iman di dadaAgar perjalanan ini APPROVED disanaMenjadi permit kita ke SYURGA.New Year 2012 Resolution1. Berakhlak mulia seperti Rasulullah saw.2. Agar bertambah positif dan produktif.(inside out)3. Berkat segala usaha dan diterima segala amalan.4. Segala yang diusahakan dapat dimanfaatkan bersama.5. Diberikan kesihatan yang sangat baik6. Sentiasa menyucikan hati7. Cepat menyedari kesilapan, belajar dari kesilapan dan TIDAK mengulangi kesilapan tersebut.8. Sentiasa berusaha memperbaiki diri setiap masa.9. Sentiasa muhasabah dan membuat penilaian prestasi diri.10. Memastikan segala yg dilakukan, amal perbuatan, sikap dan tingkah laku selaras dengan ajaran Islam.11. Sentiasa membetulkan niat. Segalanya Lillahi Taala.12. Punya hati yang lebih kuat dari sebelumnya. Sanggup menempuhi "calculated risk" dengan bijaksana.13. Berhati waja dalam penghijrahan diri dan bersungguh-sungguh utk menjadi yang lebih baik, sangatttt baik dan TERBAIK.14. Diluaskan rezeki-rezeki yang halal.15. Ditambahkan serta diluaskan ilmu-ilmu yang bermanfaat.16. Lebih fasih berbahasa Arab. Dan selalu praktis..17. Yang paling penting, sentiasa dekat pada NYA, bertambah mekar cinta pada Allah Yang Maha Esa. Cinta pada Rasulnya Nabi Muhammad SAW. Dan sentiasa berada di atas jalan NYA yg lurus lagi benar.Amin.
Saturday, December 31, 2011
Happy New Year 2012
Tuesday, December 27, 2011
small thing but ...
When we get used to work day and night, it's quite odds to stay home and do nothing.
Just resting... so tomorrow will starts with more energy, fresh thought and great ideas..(that is the general idea)
Since nothing much on tv, I just play some DVDs while I do some reading and once a while glance at the movies and continue reading. Sound weird but I just do it. Not into it but i crave for the ideas.

I was thinking about something and I need to expose to more source so that I can create something new, fresh, attractive and interesting of course.
I went down to the kitchen, become an afc not so qualified chef. Cooked something that I prefer at that time and enjoy the lunch. Get back in my so called studio and sit in front of the laptop. Continue watching the movie. I dont find this movie quite interesting. Why ? I asked myself. The sound quite terrible. Yup! I notice that since I first bought it. But it's okey. Why not I use the headphone instead. So the sound from that movie become GREAT!
Just plugged in the headphone jack and the sound become like in the theater. Wow !
How I forgot about my beloved headphone. ^_^ Its turn the horrible sound become the great one..hehehe.. I am so happy. It made me thinks the same goes to things around me.
Things just not come to us in a good way or in a way that we prefer it too..but we are capable of turning them into interesting pieces if only we give our best effort to see it from the bright side. That's just the way I wrap it. Enough for me. But I need to do some thinking in order to turn many things become more interesting. The journey continue ....Have a great day ahead !
Saturday, December 24, 2011
When the relationships not working ...
When someone broke your heart..
Woman : Go away !!! (crying ...)
Man : Erm..I am sorry about all these ( was found cheating bla bla bla...)
You have the right to be mad. But please..dont torture yourself because of him or her.
He or she just not the one you should be with. As simple as that.
But it's not that simple to admit it, right?
You deserve someone who much much way better than him or her.
So how to deal with these heart broken issue.
1. You can cry or feel mad or sad about it but NOT MORE than 48hours. period. that 's it!
2. Keep telling yourself that he or she just not worth for you and that's why the relationship need to be stop.
3. If both of you jump up together. Just show him or her positive attitude ( happy face of course eventhough your head still lingering with the broke up crisis) .. no one can change overnight. So take your time and find your strenght. You need to move on!
4. You really need to find the true you. If you still cant take he or her out of your head..you got issue. You really need to find the solution. The right solution is to find, to discover, to explore the true you inside out.
5. You dont need no.5 if you you conquer from 1 to 4.....(smile..)
How about that ?
Pssttt..ask yourself if you still sad about it.
Pssttt..ask yourself if you still sad about it.
1. Does he or she care about your feeling right now ? (he or she just dont care I guess. He or she is busy with the new relationship ..happily over there and you stuck here and feel bad about it ? )
2. Whatever it is, stop thinking about the PAST relationship. Start thinking how to know yourself. Be the BETTER YOU.
3. Wish them have best of life. ( this positive attitude will affect you as well ) The more you wish all the good things to other people, the easier you get to your dream destination...
Feed your head with good things.
Feed your mind with smart things.
All the good things you feed in..will reflect in you sooner or later.
All the good things you feed in..will reflect in you sooner or later.
You'll be the BETTER YOU !
Tuesday, December 13, 2011
Terkadang lupa...NIAT kita
Dalam hadis lain : Segala amalan itu bermula dari niat.Adapun dalam tiap perkara intipati rahsianya ada pada niat.
Dimulakan dengan bismillah : Niat itu mendahului amalan.
Adapun penulisan ini sekadar peringatan buat penulis terutamanya dalam menjalani kehidupan dunia dalam menuju Yang Esa.
Terkadang terlupa,
Terkadang tersesat,
Terkadang lalai,
Terkadang tak ingat,
Terkadang tak terlintas,
Terkadang alpa.
Mungkin dengan cara ini, segala kealpaan itu akan di sedarkan dgn membaca nukilan ini semula andai suatu masa nanti atau mungkin beberapa ketika selepas ini, kita tersalah langkah lalu lupa bagaimana untuk kembali. Dan nukilan ini mungkin sangat bermanfaat ketika itu.
Tatkala kehidupan ini dipenuhi dengan rutin-rutin yang tiada penghujungnya, pasti ada ketika kita terOVER look NIAT dalam menjalani rutin itu.
Ermmm, sebagai contoh mudah setiap hari kita bangun pagi.
Setiap hari kita bangun pagi, mandi, bersolat, menyiapkan diri utk rutin harian seterusnya.
Setiap pagi ( hari bkerja ) kita akan melakukan perkara yang sama.
Tapi dalam tak sedar, kita hanya melakukannya kerana KITA PERLU melakukannya, bukan ?

"Oh, kena bangun awal kalau tak lewat nanti "
"Oh, kena mandi cepat kalau tak, tak sempat nanti "
"Oh itu dan ini." Itulah kebiasaan kita. Itulah habit kita. ( kalau itu bukan habit anda, tahniah ! )
Kita tertinggal sesuatu sebenarnya OR kita terOVERLOOK sesuatu?
Sesuatu yang apabila kita lakukan, insyaAllah hidup kita lebih diberkati, lebih bermakna, lebih luar biasa baiknya. Ye ke ?
Niat itu mendahului amalan.
Dan mengikhlaskan niat kepada Allah walau di mana saja kita berada adalah perlu.
Perlu ke ?
Fikirkan sendiri...?
Mengapa ?
Mengapa?
Dalam kata lain, sebagai hambaNya yg sekarang di alam dunia dalam menuju ke alam akhirat, semestinya kita sangat dituntut sentiasa me-RENEW, membetulkan niat agar sentiasa hanya kerana ALLAH.
Kerana itu, setiap apa yang kita lakukan harus mengikhlaskan niat kepada Allah semata-mata supaya segala amalan kita di terima waima bangun tidur, bekerja, menuntut ilmu, makan minum, berkahwin...segala-galanya. InsyaAllah
Agak sukar kalau belum terbiasa.
Sebab kebiasaan kita adalah kebiasaan yang biasa kita tonton di televisyen.
Dari filem-filem atau drama-drama antarabangsa hingga ke filem dan drama dalam negeri.
Itulah software yg kita sering download dlm minda secara tak sedar.
Menyerap masuk ke dlm cpu ( minda ) kita sekaligus menjadi kebiasaan pada minda sedar dan minda bawah sedar.
Hasilnya adalah kita. Kebiasaan kita.
Sekiranya apa yang kita tonton itu sering mengajak kita supaya mengikhlaskan kerjanya kerana Allah Subhanahuwata'ala, insyaAllah itulah kebiasaan kita, habit kita. Melakukan sesuatu kerana Allah semata-mata.
Kalau sebaliknya, itulah hasil dari apa saja input yang kita masukkan dalam minda kita selama kita hidup sejak dulu..
Belum terlambat rasanya utk berubah.
InsyaAllah kita mulakan perubahan kita bermula dengan NIAT kita, lillahi Taala.

Ikhlas merupakan perkara asas dan natijah iman yang tinggi. Ia merupakan satu kedudukan yang tinggi dalam din dan akhlak para insan Rabbani. Allah tidak menerima satu amal atau perbuatan tanpa disertai keikhlasan.
Mengapa?
Firman AllahSo, jawapan kpd mengapa kita di tuntut utk berNIAT melakukannya segala-galanya kerana Allah telah terjawab spt diatas.
"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, maka katakanlah: �Roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberikan pengetahuan melainkan sedikit�. (Surah al-Isra�:85)
Setiap manusia mesti melalui alam roh, kemudian alam rahim, alam dunia, alam sakaratulmaut, alam barzakh dan akhir sekali alam akhirat. Inilah skala waktu kehidupan manusia yang mesti diambilkira dalam semua aspek kehidupan manusia, termasuk pembangunan.
Di alam roh, semua manusia yang ketika itu wujud dalam bentuk roh yang dikenali sebagai rohul tamayyiz, berjanji dengan Allah SWT bahawa Allah SWT adalah Tuhan manakala mereka adalah hamba (alas tu birabbikum qalu bala shahidna).
Ikrar manusia di alam roh ini melahirkan paling kurang tiga implikasi penting kepada kehidupan manusia di dunia.
Pertama, manusia dikurniakan status sebagai hamba Allah SWT.
Kedua, melalui pengurniaan status itu, manusia dikurniakan garis panduan, atau pelan induk, atau blue-print kehidupan di dunia.
Dan ketiga, manusia dimaklumkan bahawa alam roh, alam dunia dan alam akhirat sebenarnya merupakan alam-alam yang berkesinambungan dan tidak terpisah antara satu sama lain.
Alam roh merupakan alam perjanjian, alam dunia merupakan alam pembuktian dan alam akhirat merupakan alam pembalasan.
(http://komuniti.iluvislam.com/topic/3481-hikmah-kejadian-manusia-pelbagai-pegangan-agama/ )
Dalam kata lain, sebagai hambaNya yg sekarang di alam dunia dalam menuju ke alam akhirat, semestinya kita sangat dituntut sentiasa me-RENEW, membetulkan niat agar sentiasa hanya kerana ALLAH.
Kerana itu, setiap apa yang kita lakukan harus mengikhlaskan niat kepada Allah semata-mata supaya segala amalan kita di terima waima bangun tidur, bekerja, menuntut ilmu, makan minum, berkahwin...segala-galanya. InsyaAllah
Agak sukar kalau belum terbiasa.
Sebab kebiasaan kita adalah kebiasaan yang biasa kita tonton di televisyen.
Dari filem-filem atau drama-drama antarabangsa hingga ke filem dan drama dalam negeri.
Itulah software yg kita sering download dlm minda secara tak sedar.
Menyerap masuk ke dlm cpu ( minda ) kita sekaligus menjadi kebiasaan pada minda sedar dan minda bawah sedar.
Hasilnya adalah kita. Kebiasaan kita.
Sekiranya apa yang kita tonton itu sering mengajak kita supaya mengikhlaskan kerjanya kerana Allah Subhanahuwata'ala, insyaAllah itulah kebiasaan kita, habit kita. Melakukan sesuatu kerana Allah semata-mata.
Kalau sebaliknya, itulah hasil dari apa saja input yang kita masukkan dalam minda kita selama kita hidup sejak dulu..
Belum terlambat rasanya utk berubah.
InsyaAllah kita mulakan perubahan kita bermula dengan NIAT kita, lillahi Taala.
Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud):
“Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya”
Reference Article :
Rahsia Alam Ghaib Dalam Islam
http://abihumaid.wordpress.com/2011/01/07/rahasia-alam-ghaib-dalam-islam/
Hikmah Kejadian Manusia Pelbagai Pegangan Agama?
http://komuniti.iluvislam.com/topic/3481-hikmah-kejadian-manusia-pelbagai-pegangan-agama/
Mengikhlaskan niat kepada Allah.
http://haluan.org.my/v3/index.php/mengikhlaskan-niat-kepada-allah.html
Friday, December 9, 2011
Topik Jumaat oleh Sheikh Mahmud al Maghlani
Hijrah Jalan Mahabbah Rasulullah
Boleh dengar di sini : http://www.ikimfm.my/ikimfm/images/topik_jumaat/TJ%2020111209.mp3
Penterjemah : Ustaz Rahmat Muhammad
Antara pesanan, nasihat dan perkongsian dari Sheikh Mahmud al Maghlani
( sebarang kesilapan,mohon diperbetulkan )
Pesanan 1 :
Amalan : Makan 7biji kurma sebelum bersarapan ( atau mkn apa2 di pagi hari ) selama 7hari bermula 14muharam hingga 21muharam setiap tahun
Manfaat : insyallah Tiadalah di timpa sihir buat selama-lamanya.
niat "Ya Rabbi bismillah hamba makan tamar ini dgn niat dan doa daripada Rasulallah SAW"

Pesanan 2 :
Amalan : Menjaga solat sunat dhuha (paling tidak 2 rakaat, paling byk 8rakaat )
Manfaat : nescaya kamu tidak akan di timpa sihir selama2nya.
Pesanan 3 :
Amalan : Menjaga solat sunat dhuha (paling tidak 2 rakaat, paling byk 8rakaat )
Manfaat : nescaya kamu tidak akan di timpa sihir selama2nya.
Pesanan 3 :
Amalan : Mengucap, membaca tarbiah ( Labaik Allahuma Labaik ) setiap kali selesai solat tahajjud & solat subuh.
Dengan berdoa" Ya Rabbi, kurniakanlah aku dapat naik haji "
Kebaikan : InsyaAllah, Allah mudahkan dia naik haji tahun tu.
Kebaikan : InsyaAllah, Allah mudahkan dia naik haji tahun tu.
Pesanan 4 :
Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi junjungan Muhammad saw.
Perbanyakkan berselawat ke atas Nabi junjungan Muhammad saw.
Khalifah Umar Abd. Aziz antara pemerintah yg terbaik dalam Bani Umaiyah berwirid 10,000 kali salawat nabi drpd sebelum fajar (subuh ) hingga Isyrak. Insyaallah Allah mudahkan segala-gala perkara.
Jangan dikacaukan fikiran dgn oleh org lain ( i.e ini berkat salawat ) tapi TAK. Yang sebenarnya begini.
1. Keberkatan saidina sallallahu alaihi wasallam
2. Keberkatan salawat tu.
Antara sunting kata dari Sheikh Mahmud Al-Maghlani.
"Ya Allah, jadikan aku antara golongan hambaMu yang banyak mengucap salawat dan salam ke atas saidina Muhammad saw kekasih-MU.
Sihir tidak berfungsi or berperanan pada waktu dhuha
Menurut bancian, dalam masyarakat dunia sekarang khususnya dalam masyarakat Islam.
Peratusannya lebih 50%, 60% ke 70% masyarakat terutama masyarakat Islam bermuamalah, berinteraksi dengan sihir.
Isteri sihir suami.
Suami sihir isteri.
Kenapa ? Kerana tak nak problem suami isteri.
Sunting kata dari sumber lain :
Yang pernah ada dalam sunnah ialah makan 7 biji tiap hari, tiada pengkhususan, maksud hadith: “Barangsiapa yang memakan tujuh biji kurma Madinah setiap paginya, maka pada hari itu ia tidak akan dibahayakan oleh racun mahupun sihir.” (Hadith Riwayat Al-Bukhari)
Boleh dgr di sini : http://www.ikimfm.my/ikimfm/images/topik_jumaat/TJ%2020111209.mp3
(secara live pada 9 Dec 2011 ~ Jumaat )
Thursday, December 8, 2011
4 Anugerah Allah Kepada Orang Sakit
Rasulullah SAW bersabda: bagi orang sakit empat kelebihannya:
1.Qalam yang mencatit amalannya, tidak akan mencatit amalan kejahatannya tetapi akan mencatit amal kebaikkan selama ia sakit.
2.Allah menyuruh para Malaikat mencatit amal kebaikkannnya semasa dia sihat dahulu,walaupun pada masa sakitnya ia tidak dapat melakukannya, tetapi tetap mendapat pahala tersebut.
3.Setiap sendi yang mengalami kesakitan akan terkeluar dari sendi tersebut dosa dari amalan kejahatannya terdahulu.
4.Jika dia sakit sehingga mati, matinya mendapat keampunan dari Allah SWT. Jika ia sembuh Allah juga mengampun segala dosanya.
Jauhar Mauhub . m/s: 350
So senyumlah ketika kita di uji samada ada dgn kesakitan dan lain-lainnya kerana Allah telah menganugerahkan kepada kita nikmat yang tak mampu kita beli kecuali kita memillih untuk menghadapinya dengan solat & sabar. InsyaAllah.

Wednesday, December 7, 2011
3 Sikap yang menghancurkan ibadat seseorang.
1- Orang yang sibuk dengan kesalahan orang lain.
2- Orang yang sombong atau bangga diri.
3- Orang riya’ dalam amal perbuatannya.
Kitab Tanbihul Ghafilin. Jilid 1 & 2 . M/S : 953
Jangan lari dari masalah..
Sahabat,
Stay, dont run.
Don't run from your problem
Jangan menjauhinya
Terimalah
Hadapilah
Selesaikanlah
Carilah jalannya dan tempuh
Sahabat,
Kita hanya manusia
Masalah, cabaran, dugaan, ujian datang bila-bila masa
Tidak memilih jantina
Tidak memilih rupa
Tidak memilih darjat
Menguji utk melihat siapa yang punya jiwa yang kuat
Siapa punya jiwa yang hebat
Siapa yang punya jiwa yang berani
Menempuh jalan susah yang tak kelihatan
Tapi sangat perit di jalani...di hati.
Sesak dadamu
Pilu hatimu
Hanya DIA tempat diri mu mengaku, mengadu..
Oleh itu, janganlah berputus asa
Hadapilah dengan redha
InsyaAllah ada jalannya
Dirimu mampu menghadapinya
Cuma dirimu terlupa
Betapa hebat dirimu yang DIA ciptakan
Selamilah
Explore
Kekuatan yang belum terserlah itu
Jangan biar jiwa jahat menguasai
Biarkan kekuatan jiwa baik mu menguasai
Agar tampak oleh mu
Rahsia diri yang harus dirimu bongkarkan
Setiap ujian membongkarkan setiap kehebatan dalam dirimu
Cuma jika dihadapi dengan benar, dengan iman
Andai memilih jalan yang salah
Maka terhijab lagi
Kekuatan diri mu itu
Yang terbekal sejak lama dulu
Menanti tuannya menerokanya
Jiwa yang sebenar.
Don't run from your problem
Jangan sibukkan diri kerana utk melupakan masalah
Jangan beralasan semata-mata utk mengelakkannyaJangan menjauhinya
Terimalah
Hadapilah
Selesaikanlah
Carilah jalannya dan tempuh
Sahabat,
Kita hanya manusia
Masalah, cabaran, dugaan, ujian datang bila-bila masa
Tidak memilih jantina
Tidak memilih rupa
Tidak memilih darjat
Menguji utk melihat siapa yang punya jiwa yang kuat
Siapa punya jiwa yang hebat
Siapa yang punya jiwa yang berani
Menempuh jalan susah yang tak kelihatan
Tapi sangat perit di jalani...di hati.
Sahabat,
Hanya dirimu dan DIA yang mengertiBerat bahumu
Berat jiwamuSesak dadamu
Pilu hatimu
Hanya DIA tempat diri mu mengaku, mengadu..
Oleh itu, janganlah berputus asa
Hadapilah dengan redha
Hadapilah dengan sabar
Hadapilah dengan solatmu pada NYAInsyaAllah ada jalannya
InsyaAllah pasti ada hujungnya
Setiap ujian pasti ada hikmahnya
Setiap ujian pasti ada hikmahnya
DIA hanya menguji mu sekadar kemampuanmu
YakinlahDirimu mampu menghadapinya
Cuma dirimu terlupa
Betapa hebat dirimu yang DIA ciptakan
Selamilah
Explore
Kekuatan yang belum terserlah itu
Jangan biar jiwa jahat menguasai
Biarkan kekuatan jiwa baik mu menguasai
Ujian bukan penamat cerita
Tetapi pembuka rahsiaKehebatan dalam diri yang belum dirimu ketahui
Kerana itu dirimu di ujiAgar tampak oleh mu
Rahsia diri yang harus dirimu bongkarkan
Setiap ujian membongkarkan setiap kehebatan dalam dirimu
Cuma jika dihadapi dengan benar, dengan iman
Andai memilih jalan yang salah
Maka terhijab lagi
Kekuatan diri mu itu
Yang terbekal sejak lama dulu
Menanti tuannya menerokanya
Jiwa yang sebenar.
Tuesday, December 6, 2011
Senyum Petang..
Pada suatu hari, sepasang suami isteri memilih untuk makan tengahari bersama di Mc Donald. Setibanya di situ, kelihatan sangat ramai pelanggan yang beratur di kaunter untuk mendapatkan makanan. Si suami berpesan pada si isteri untuk mencari tempat duduk dan si suami pergi beratur. Setibanya giliran si suami memesan makanan...
staff McD : ye cik, take away or dine in?
si suami : Makan kt sini. ermm..big mac set satu.
( sambil menjenguk2 isterinya nun di hujung sana, tgh duduk chop meja )
staff McD : lagi encik.
( sambil sabar menunggu dgn senyuman walau kelihatan ramai yg sedang beratur di belakang si suami )
dari jauh mulut si isteri terkumat kamit memberitahu..
si suami : ape Yang ? ( sambil berkerut2 dahi menoleh ke arah staff McD.) jap ye miss.
Kelihatan berkali-kali si isteri mengulang tetapi sukar utk di fahami oleh si suami.
Tiba-tiba ....MEK CIKEN, jerit si isteri dengan coolnya..
Si suami tersentak. eh bukan, semua yang ada dlm McD dlm tu terkejut..tergelak on the spot pun ade.
staff McD : ade lagi encik selain MEK CIKEN ( Mc Chicken ). ujar staff tsebut dgn selamba.
Si suami : itu je ( sambil tersenyum2 malu )..
Jangan lupa senyum hehehehe...
Cerita Kecil
Cerita kecil,
Kadang-kadang sangat mengguris hati yang halus lagi mulus
Hati yang umpama kaca
Yang sangat jelas lukanya kalau tercalar..
Cerita kecil,
Bisa mengupas rasa kasih yang ada
Bisa menerbitkan rasa benci pada dia
Lantaran kerana gaya dan cara
Yang dipakai begitu lama
Sehingga ramai yang terluka
Tapi dia tetap engkar utk sedar
Kerana gah nya dia..
Cerita kecil
Tidak sekali mencetus perang dunia
Apatah lagi banjir besar
Tapi cukup melukakan hati mereka yang ada di sisinya
Yang sentiasa penuh keadaban lagi sopannya
Cuma dia terlalu gah untuk melihat kejernihan itu
Kerana kegelapan hati itu terus menyelubungi nya...
Dan mereka terus berdoa agar dia sedar
Atau mereka yang harus berundur
Andai masih dia memakai gah nya itu
Kerana sangat melukakan hati yang putih itu
Biarlah dia di julang dengan hati-hati yang kelabu
Hati yang sama gelapnya
Sehingga suatu hari nanti
Apabila jiwa yang gelap itu menelannya
Mungkin ketika itu baru dia tersedar
Dia telah membiarkan gah nya itu membawa nya hanyut...
Ketika itu mereka telah pergi darinya
Meneruskan perjalanan utk menyucikan diri
Agar di terima ILAHI
Bimbang mendiami neraka yang ditakuti
Tetapi himpunan doa tetap di titipkan
Semoga bersama dalam hidayah-NYA
Mungkin pertemuan ke-2 akan berbeza
Walau kemaafan diberi dengan rela
Tapi parut nya masih ada
Perlu masa untuk disembuhkan semula
Aku, dia dan mereka
Hanya insan biasa
Punya hati, punya rasa
Ingin di kasihi bukan di sakiti
Tapi terkadang lupa
Sikap gaya dan cara diri
Terkadang membuat yang memandang terluka
Kerana itu
Aku, dia dan mereka
Harus kembali pada-NYA
Agar terjaga peradabannya
Sopan akhlaknya
Terjaga maruahnya
Rasulullah lah contohnya
Tiada siapa lagi yang lebih mulia...
Aku, dia & mereka
Akan pergi menghadap ILAHI akhirnya
Berbekalkan perjalanan hidup di dunia
Moga cerita kecil menjadi amal kebaikan
Bukan cerita kecil yang melukakan manusia yang lain
Biar cerita kecil menjadi peniup semangat utk lebih hampir pada-NYA
Bukan pergi jauh dan lupa
Kerana cerita kecil
Boleh menjadi penawar
Boleh juga menjadi pisau yang melukakan..
Setiap kita
Pasti ada cerita kecil
Cuma harus di tulis agar indah dan harum
Bukan utk melukakan sesiapa yang mendengarnya...
Itu cerita kecil
Lahir dari dunia hati
Hati milik empunya diri...
Diri yang di cipta DIA YANG ESA
Friday, December 2, 2011
Tazkirah Jumaat ~ Shake Hand
Seindah pagi 6 Muharam 1433H ~ sekadar berkongsi ..
One day a British man asked from a Muslim scholar:
English man asked: ”Why Muslim women are not allowed in Islam to shake a hand with men?”
The scholar said: “Could you take the hands of Queen Elizabeth in your hands?”
English man said:” Of course not, only certain people are allowed to shake hands with the Queen”
The scholar answered: Our Ladies are Queen and the Queen won’t shake hands with strange men
sekadar berkongsi dari petikan : http://mr-tazkirah.blogspot.com/

Thursday, December 1, 2011
Saya nak berubah...TAPI
Masuk jer waktu Marghib nanti masuk lah 6 Muharam 1433H. ( malam Jumaat )
Baru 5 hari kita menjelajah tahun baru,
Baru 5 hari yang lepas kita sungguh-sungguh dgn harapan yang besar ingin mencapai matlamat kita,
Baru 5 hari yang lepas kita dah set ingin jadi "THE NEW ME"..
Baru 3 hari lepas perjalanan kita ON TRACK...
Dah hari ke -4 & ke 5 kita mula DI DUGA, DI UJI...
Sekelip mata berubah menjadi "THE OLD ME"...
So macamana ?
FIND THE SOLUTION !
Kalau ada matlamat, adalah cabarannya.
Takkan jalannya mudah tanpa rintangan kan..
So, dari awal lagi kita bukan saja kena SET GOAL tapi juga sgttt perlu buat MENTAL PREPARATION.
Supaya kita PREPARE nak menghadapi ujian-ujian yang datang.
Kita tak tahu apa yang sedang menunggu kita di hadapan.
Tapi kita tahu akan adanya ujian,cabaran.
Sebagai contoh ringkas, katakanlah kita nak pergi ke SOGO,KUALA LUMPUR.
Ada banyak jalan, tapi kita nak pilih yang mana satu?
Naik kenderaan awam atau memandu.
Kalau naik kenderaan awam kena la bersiap sedia bersesak-sesak dgn org ramai.
Kalau memandu, PREPARE utk meredah kesesakan lalu lintas.
Sebab kita sedia maklum, mustahil perjalanan kita SOGO yang terletak di pusat bandar akan sunyi sepi.
Dah tentu ramai orang dan banyak kenderaan.
Itu baru nak ke SOGO, KUALA LUMPUR.
Belum lagi menuju MATLAMAT KITA yang HEBAT tu.
So, the KEY WORDS are FIND THE SOLUTION.
Kalau kita focus pada solution, insyaAllah akan jumpa solution.
Tapi kalau kita memilih merungut, bermakna kita meletakkan BATU di hadapan kita dlm perjalanan menuju MATLAMAT yang sangat kita cita-citakan itu.
So, find the solution.
Letakkan highway pada jalan menuju pada matlamat kita.
Alihkan BATU yang dulu nya menjadi penghalang kepada kita untuk mencapai matlamat kita.
Setakat ini dulu.
Salam Muharam. ^_^

Subscribe to:
Posts (Atom)