PAGES

Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri




Selamat Hari Raya Aidilfitri saya ucapkan kepada semua umat Islam. Bersempena dengan hari yang mulia ini, saya ingin memohon maaf di atas segala keterlanjuran bahasa yang mungkin tidak menyenangkan untuk sesetengah pelawat dan pembaca blog saya yang tak sederhana ini. Yang pastinya blog ini adalah bertujuan untuk mengingatkan diri sendiri terutamanya dan berharap semoga saya sendiri akan terus memperbaiki diri agar menjadi lebih baik di masa akan datang.

Kepada yang menjadi member blog, bookmark blog ini dan menjadi pembaca setia, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menziarahi & meluangkan masa membaca artikel-artikel yang terdapat dalam blog saya ini.

Saya juga berharap seandainya terdapat salah dan silap yang tidak disengajakan atau yang tidak disedari, saya mohon di maafkan.

Semoga di hari mulia ini, kita sama-sama di sirami dengan wangian kebahagiaan & bertambah mekar kasih sayang sesama kita semua.










1 comment:

  1. Burung merak burung merpati,
    Hinggap diatas pokok meranti,
    Siang pergi malam berganti,
    Salah & silap jangan simpan dalam hati

    ReplyDelete