PAGES

Tuesday, December 13, 2011

Terkadang lupa...NIAT kita

Dalam hadis lain : Segala amalan itu bermula dari niat.
Adapun dalam tiap perkara intipati rahsianya ada pada niat.


Dimulakan dengan bismillah : Niat itu mendahului amalan.
Adapun penulisan ini sekadar peringatan buat penulis terutamanya dalam menjalani kehidupan dunia dalam menuju Yang Esa.



Terkadang terlupa,
Terkadang tersesat,
Terkadang lalai,
Terkadang tak ingat,
Terkadang tak terlintas,
Terkadang alpa.
Mungkin dengan cara ini, segala kealpaan itu akan di sedarkan dgn membaca nukilan ini semula andai suatu masa nanti atau mungkin beberapa ketika selepas ini, kita tersalah langkah lalu lupa bagaimana untuk kembali. Dan nukilan ini mungkin sangat bermanfaat ketika itu.

Tatkala kehidupan ini dipenuhi dengan rutin-rutin yang tiada penghujungnya, pasti ada ketika kita terOVER look NIAT dalam menjalani rutin itu.

Ermmm, sebagai contoh mudah setiap hari kita bangun pagi.
Setiap hari kita bangun pagi, mandi, bersolat, menyiapkan diri utk rutin harian seterusnya.
Setiap pagi ( hari bkerja ) kita akan melakukan perkara yang sama.
Tapi dalam tak sedar, kita hanya melakukannya kerana KITA PERLU melakukannya, bukan ?


"Oh, kena bangun awal kalau tak lewat nanti "
"Oh, kena mandi cepat kalau tak, tak sempat nanti "
"Oh itu dan ini." Itulah kebiasaan kita. Itulah habit kita. ( kalau itu bukan habit anda, tahniah ! )

Kita tertinggal sesuatu sebenarnya OR kita terOVERLOOK sesuatu?
Sesuatu yang apabila kita lakukan, insyaAllah hidup kita lebih diberkati, lebih bermakna, lebih luar biasa baiknya. Ye ke ?

Niat itu mendahului amalan.
Dan mengikhlaskan niat kepada Allah walau di mana saja kita berada adalah perlu.
Perlu ke ?
Fikirkan sendiri...?
Mengapa ?

Ikhlas merupakan perkara asas dan natijah iman yang tinggi. Ia merupakan satu kedudukan yang tinggi dalam din dan akhlak para insan Rabbani. Allah tidak menerima satu amal atau perbuatan tanpa disertai keikhlasan.


Mengapa?

Firman Allah

"Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh, maka katakanlah: �Roh itu termasuk dalam urusan Tuhanku, dan tidaklah kamu diberikan pengetahuan melainkan sedikit�. (Surah al-Isra�:85)

Setiap manusia mesti melalui alam roh, kemudian alam rahim, alam dunia, alam sakaratulmaut, alam barzakh dan akhir sekali alam akhirat. Inilah skala waktu kehidupan manusia yang mesti diambilkira dalam semua aspek kehidupan manusia, termasuk pembangunan.

Di alam roh, semua manusia yang ketika itu wujud dalam bentuk roh yang dikenali sebagai rohul tamayyiz, berjanji dengan Allah SWT bahawa Allah SWT adalah Tuhan manakala mereka adalah hamba (alas tu birabbikum qalu bala shahidna).

Ikrar manusia di alam roh ini melahirkan paling kurang tiga implikasi penting kepada kehidupan manusia di dunia.

Pertama, manusia dikurniakan status sebagai hamba Allah SWT.

Kedua, melalui pengurniaan status itu, manusia dikurniakan garis panduan, atau pelan induk, atau blue-print kehidupan di dunia.

Dan ketiga, manusia dimaklumkan bahawa alam roh, alam dunia dan alam akhirat sebenarnya merupakan alam-alam yang berkesinambungan dan tidak terpisah antara satu sama lain.

Alam roh merupakan alam perjanjian, alam dunia merupakan alam pembuktian dan alam akhirat merupakan alam pembalasan.

(
http://komuniti.iluvislam.com/topic/3481-hikmah-kejadian-manusia-pelbagai-pegangan-agama/ )

So, jawapan kpd mengapa kita di tuntut utk berNIAT melakukannya segala-galanya kerana Allah telah terjawab spt diatas.
Dalam kata lain, sebagai hambaNya yg sekarang di alam dunia dalam menuju ke alam akhirat, semestinya kita sangat dituntut sentiasa me-RENEW, membetulkan niat agar sentiasa hanya kerana ALLAH.


Kerana itu, setiap apa yang kita lakukan harus mengikhlaskan niat kepada Allah semata-mata supaya segala amalan kita di terima waima bangun tidur, bekerja, menuntut ilmu, makan minum, berkahwin...segala-galanya. InsyaAllah

Agak sukar kalau belum terbiasa.
Sebab kebiasaan kita adalah kebiasaan yang biasa kita tonton di televisyen.
Dari filem-filem atau drama-drama antarabangsa hingga ke filem dan drama dalam negeri.
Itulah software yg kita sering download dlm minda secara tak sedar.
Menyerap masuk ke dlm cpu ( minda ) kita sekaligus menjadi kebiasaan pada minda sedar dan minda bawah sedar.
Hasilnya adalah kita. Kebiasaan kita.

Sekiranya apa yang kita tonton itu sering mengajak kita supaya mengikhlaskan kerjanya kerana Allah Subhanahuwata'ala, insyaAllah itulah kebiasaan kita, habit kita. Melakukan sesuatu kerana Allah semata-mata.
Kalau sebaliknya, itulah hasil dari apa saja input yang kita masukkan dalam minda kita selama kita hidup sejak dulu..

Belum terlambat rasanya utk berubah.
InsyaAllah kita mulakan perubahan kita bermula dengan NIAT kita, lillahi Taala.

Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam, sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud dan An-Nasa-i, menjelaskan (yang bermaksud):

Sesungguhnya Allah Azzawajalla tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan ikhlas kepadaNya, dan ditujukan hanya untukNya




Reference Article :

Rahsia Alam Ghaib Dalam Islam
http://abihumaid.wordpress.com/2011/01/07/rahasia-alam-ghaib-dalam-islam/

Hikmah Kejadian Manusia Pelbagai Pegangan Agama?
http://komuniti.iluvislam.com/topic/3481-hikmah-kejadian-manusia-pelbagai-pegangan-agama/

Mengikhlaskan niat kepada Allah.
http://haluan.org.my/v3/index.php/mengikhlaskan-niat-kepada-allah.html

No comments:

Post a Comment