PAGES

Monday, July 23, 2012

Jom Tadabbur Al-Quran – Perhati, Fikir, Faham dan Hayati v1.

Mengapa kita hampiri ZINA ?



3 Ramadhan 1433H, 23 July 2012 Mon



 Allah S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32 yang bermaksud;

Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)
Ayat tersebut menjelaskan bahawa zina adalah perbuatan yang sangat keji kerana ia membawa kepada jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan di dunia dan azab di akhirat. Ini juga ditegaskan oleh baginda saw, riwayat Al-Baihaqi, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
Wahai golongan Muhajirin! Ada lima perkara buruk yang aku pohon agar tidak menimpa kalian. Antaranya adalah; tidak merebak perzinaan dalam sesebuah bangsa sehingga mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya melainkan akan tersebar di kalangan mereka pelbagai penyakit yang belum pernah menimpa umat Islam sebelum mereka


Mengapa PADA HARI INI kita seolah-olah MENGHAMPIRI ZINA walaupun ayat Al Quran telah mengingatkan tentang BALA dan KESAN BURUK yang akan ditanggung?


Soalan : Kita menghampiri ZINA pada hari ini kerana :


Jawapan :

Media yang kita tonton (tv, videoclip di Youtube etc) memaparkan adegan- adegan ZINA yang menjadi kebiasaan di BARAT dan mula MERACUN FIKIRAN penonton-penonton TV atau video di Youtube dan lain-lainnya, secara halus dan perlahan sekali tanpa kita disedari.



Dan kerana itu ISLAM menegah kita MELIHAT pada yang haram.  Apakah benda perkara yang HARAM dilihat itu ? Jom dengar perkongsian ilmu dari Ustaz Azhar Idrus di bawah :



Kesimpulannya di sini : Jom kita bertaddabur dengan  Al Quran iaitu Tadabbur Al-Quran – Perhati, Fikir, Faham dan Hayati,  semoga kita mendapat manfaat darinya. 

No comments:

Post a Comment