PAGES

Wednesday, July 11, 2012

Siapakah Imam Ahmad bin Hambal?




Riwayat Hidup 


a.Keturunan Imam Ahmad adalah satu keturunan  dengan Nabi Muhammad  s.a.w. pada sebelah
neneknya yang bernama Nazar bin Maad bin Adnan.

b.Beliau dilahirkan pada tahun 164 Hijrah bersamaan dengan 780 Masihi di Baghdad yang pada ketika
itu berkembang pesat sebagai pusat  perkembangan ilmu pengetahuan.

c.Namanya yang sebenar ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal as-Syaibani.

d.Imam Ahmad adalah pengasas "Mazhab Hambali".

e.Semasa hidupnya, beliau merupakan seorang ahli  sunnah  yang  terbesar,      soleh  dan  zuhud.
Sesetengah ulama menganggap beliau adalah  "Mujaddid" bagi abad ketiga Hijrah.

f.Imam Ahmad meninggal dunia pada tahun 241 Hijrah bersamaan dengan tahun 855 Masihi ketika
berusia 77 tahun.


Peribadi 

a.Imam Ahmad bin Hanbal taat pada perintah agama dan kuat beribadat.   Beliau telah mengerjakan
solat sebanyak 300 rakaat sehari semalam dan  khatam membaca Al-Quran dalam masa tujuh hari.

b.Beliau berjiwa besar, zuhud dan tidak terpengaruh dengan kemewahan  hidup di dunia.

c.Beliau tabah dalam menghadapi ujian hidup. Beliau telah dipenjarakan dan   didera kerana enggan
mengakui pendapat "Muktazilah" yang mengatakan   bahawa Al-Quran adalah makhluk Allah S.W.T.

d.Beliau sangat hormat kepada gurunya dan tidak suka bercakap  perkara-perkara yang sia-sia
melainkan perkara-perkara yang bermanfaat.

e.Beliau suka memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang itu telah  menghinanya.

f.Beliau mempunyai daya ingatan  yang kuat hingga dapat menghafaz hadis  lebih banyak daripada
orang lain yang hidup sezaman dengannya.


Pendidikan 
a.Imam Ahmad telah menghafal Al-Quran keseluruhannya ketika berusia    empat belas tahun.

b.Semasa beliau berusia enam belas tahun, beliau telah bermusafir ke  Makkah, Madinah, Syam,
Yaman, Basrah dan negara-negara lain untuk  mengumpulkan hadis-hadis nabi kerana minatnya yang
mendalam terhadap   ilmu tersebut.

c.Salah seorang guru Imam Ahmad ialah Imam as-Syafie. Beliau bertemu  dengan Imam as-Syafie
secara kebetulan semasa mengerjakan ibadat haji.  Ketika itu Imam as-Syafie sedang mengajar di
Masjidil Haram. .Imam Abu Zur'ah ( seorang ahli hadis yang terkemuka) pernah berkata  bahawa:
"Imam Ahmad telah hafaz lebih sejuta buah hadis".

e.Walaupun  hidupnya  susah,  cita-cita  beliau  untuk  menuntut  seberapa      banyak  ilmu  pengetahuan
tidak pernah padam dalam dirinya.

f.Perkembangan ilmu pengetahuan di kota Baghdad  telah membuka peluang   kepada Imam Ahmad
untuk mempelajari dan mengkaji berbagai-bagai ilmu  pengetahuan. Akhirnya beliau muncul sebagai
seorang ulama yang terkenal.


Sumbangan 

a.Seperti imam-imam besar yang lain, Imam Ahmad juga berpegang kuat  pada hadis Rasulullah s.a.w.
selain Al-Quran.

b.Beliau amat berhati-hati memilih hadis-hadis yang berhubung kait dengan  masalah halal dan haram,
sama ada dari segi isi atau sanadnya.

c.Mazhab Hanbali terkenal dengan undang-undang dan hukumnya yang   tegas dan ketat dalam
masalah yang tertentu. Para pegawai yang   bersikap tegas menurut undang-undang digelar "Hanbali"
oleh rakyat.

d.Dalam majlis ilmunya, beliau sentiasa membaca kitab-kitab yang ditulisnya  sendiri. Kitab-kitab
tersebut meliputi berbagai-bagai  cabang. Antara  himpunan hadis-hadis karangannya yang terkenal
termasuklah "Al-Musnad".

e.Kitab Al-Musnad mempunyai 28,000 hingga 29,000 hadis yang sahih dan   100,000 hadis nabi yang
tidak sahih. Kitab tersebut merupakan sumber   rujukan ulama hadis dan sebagai pegangan apabila
timbul perselisihan faham dalam satu-satu masalah.

f.Selain kitab Al-Musnad, Imam Ahmad juga menghasilkan beberapa buah   kitab dalam bidang lain,
misalnya tafsir Al-Quran, ilmu fikah, ilmu kalam dan lain-lain.

g.Antara kitab-kitab yang dikarang oleh Imam Ahmad termasuklah:
         i.Tafsir Al-Quran.
         ii.An-Nasakh wal Mansukh.
        iii.Al-Musnad.      iv.Kitab ta'at ar-Rasul.       v.Kitab Al-Ilal.

h.Semasa hayatnya , beliau telah membuka kelas-kelas pengajian, iaitu  pengajian umum dan pengajian
khusus. Kelas-kelas pengajian tersebut  diadakan di masjid-masjid dan mendapat sambutan yang luar
biasa daripada  orang ramai. Bilangan yang mendengar syarahannya bagi setiap kelas   dianggarkan
lima ribu orang.

i.Pengikut Mazhab Hanbali sebahagian besarnya terdapat di Baghdad,  Mesir, Syria, Palestin dan
Najd.




credit to : http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Imam%20Ahmad%20bin%20Hambal.pdf

No comments:

Post a Comment