PAGES

Tuesday, February 22, 2011

Pencarian

Salam semua!


Seperti biasa setiap pekerjaan di mulakan dengan Bismillah dengan harapan setiap apa yang kita lakukan itu mendapat keberkatan. InsyaAllah.

PENCARIAN.  Sedar tak sedar ramai antara kita yang dah lupa apa yang kita cari. Atau kita pernah " mencari " sesuatu suatu ketika dulu. Lepas tu kita dah jumpa & mendapatkannya. Then we stop. Berhenti mencari kerana dah jumpa apa yang di cari. Next status will be " IDLE " mode?

ILMU.    Mungkin pada awalnya, kita mencari ILMU. Menuntut ilmu untuk mendapatkan segulung ijazah. Mencapai cita-cita dan merealisasikan cita-cita.

Tapi bagi yang belum berjaya dalam pencarian ilmu? Apakah kesudahan nya? Adakah perlu terus membiarkan hidup ditentukan oleh masa dan keadaan? Membiarkan hidup umpama lalang yang di tiup angin?

JODOH.   Kemudian kita mencari kehidupan. Kita mula mencari pasangan hidup atau jodoh...untuk melengkapkan kehidupan. Untuk memenuhi tuntutan fitrah. Untuk sama-sama meredah hidup di dunia dan memenuhi syariat.Mungkin ada yang terus berjumpa. Ada juga yang harus mengharungi pelbagai dugaan sebelum berjumpa dengan pasangan yang di idam-idamkan. Cinta, jodoh, perkahwinan antara pencarian yang harus di lalui oleh setiap orang dari kita. Sehinggalah kita mengakhiri pencarian tersebut dengan sebuah ikatan perkahwinan.

Bagi yang belum menemui pasangan walaupun telah melangkaui usia-usia tertentu..tak bermakna pencarian itu telah berakhir. Yang pastinya, pencarian itu di top-up sekali dengan pencarian-pencarian yang sewaktu dengannya. Janganlah kerana pencarian jodoh belum ditemui, masa kehidupan di habiskan dengan menatap nasib atau mengenang perkara yang lepas-lepas. So what should you do?


ANAK.  Dan setiap yang sudah berkahwin will looking forward for children. Betul? Tapi sekiranya belum ada rezeki untuk mempunyai anak?

KESTABILAN HIDUP.  Dan telah berkeluarga, telah mempunyai cahaya mata. Dan pastinya setiap pasangan mendambakan kehidupan yang at least comfort.

Kalau nak disenaraikan pencarian-pencarian kita, memang tak akan berakhir dan list nya pasti sahaja berjela-jela. So kita pendekkan di sini.

Tak kira siapa kita dan apa yang kita cari. Kehidupan tetap di teruskan cuma bagaimana kita menghadapi hari-hari mendatang. Adakah sama seperti hari sebelum ini dan menjadikannya rutin harian untuk beberapa tahun? Membiarkan diri dalam comfort zone hingga akhir waktu?
Mungkin akan datang pada suatu ketika, kita akan bertanya kembali pada diri sendiri....apakah penghujung hidup ini? apa kena dengan hidup sekarang ni? repeating the routine & going nowhere? or repeating the same routine and achieve remarkable result throughout life?


Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Tak perlu dihebahkan, tak perlu diiklankan, tak perlu dikongsi. Segalanya ikut kehendak hati. Yang paling penting hasilnya. Jangan nanti bila kita berada di suatu keadaan yang kita tidak ingini, kita mula menuding diri pada orang lain, pada keadaan, pada takdir.
Dari awal lagi, kehidupan ini kita yang tentukan. Benar, kita merancang dan kita berusaha. DIA yang menentukan. Yang pasti, sekiranya kita BERTINDAK untuk berubah, insyaAllah kita akan realisasikan perubahan yang kita inginkan dalam dunia nyata kita.Tapi sekiranya kita tak berTINDAK untuk BERUBAH, usah bertanya pada orang lain. Tanya lah diri sendiri. Let's make a different today!!

Sama-samalah kita fikirkannya. Go! Go! Caiyok!








3 comments:

  1. Setiap dari kita mempunyai visi & misi yang berbeza dalam kehidupan yang fana ini. 'Pencarian dalam kehidupan' Emmm...begitu sinonim dengan frasa 'kebahagian hakiki yang diidamkan'. Secara kontekstual, kata 'bahagia' membawa erti/makna yang berbeza dalam kamus hidup masing2. Ada dikalangan individu yang menafsirkan kebahagiaan dalam erti cinta kpd Allah & Rasul, cintakan harta benda/materi, cintakan seseorang/pasangan hidup dll. Walau apa sekalipun 'pencarian' kita dalam hidup ini perlulah selari dengan tujuan asal kita diciptakan oleh Allah dimuka bumi ini, iaitu sentiasa mengabdikan diri kita kepadaNya. Hati yang selalu mengingatiNya akan sentiasa berketerampilan tenang, fokus & berkeyakinan tinggi dalam usaha kita mencari 'kebahagian' yang hakiki. Semoga berjaya!
    TQ 4 posting the song. Love it :)

    ReplyDelete
  2. Maaf, mungkin terlampau banyak membaca :)Kalau tak silap, 'kontekstual' diambil dari kata dasar 'konteks'. Kontekstual bermakna, perkataan seerti yang dapat difahami daripada sesuatu frasa syat. Misalnya kata konteks 'gembira' mungkin dapat difahami dengan makna bahagia, suka, riang dll bergantung kepada penggunaan predikat ayat yang dibuat. Wallahu'alam.

    ReplyDelete