PAGES

Tuesday, June 14, 2011

Sebab haram nikah ( special Edition )


Perempuan yang diharamkan berkahwin oleh lelaki disebabkan keturunannya (haram selamanya) dan ia dijelaskan dalam surah an-Nisa: Ayat 23 yang bermaksud, “Diharamkan kepada kamu mengahwini ibu kamu, anak kamu, adik-beradik kamu, emak saudara sebelah bapa, emak saudara sebelah ibu, anak saudara perempuan bagi adik-beradik lelaki, dan anak saudara perempuan bagi adik-beradik perempuan.”:


 
  1. Ibu
  2. Nenek sebelah ibu mahupun bapa
  3. Anak perempuan & keturunannya
  4. Adik-beradik perempuan seibu sebapa atau sebapa atau seibu
  5. Anak perempuan kepada adik-beradik lelaki mahupun perempuan, iaitu semua anak saudara perempuan
  6. Emak saudara sebelah bapa (adik-beradik bapa)
  7. Emak saudara sebelah ibu (adik-beradik ibu)

Perempuan yang diharamkan kahwin oleh lelaki disebabkan oleh susuan ialah:

  1. Ibu susuan
  2. Nenek dari sebelah ibu susuan
  3. Adik-beradik perempuan susuan
  4. Anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan
  5. Emak saudara sebelah ibu susuan atau bapa susuan

 
Perempuan mahram bagi lelaki kerana persemendaan ialah:

  1. Ibu mentua dan ke atas
  2. Ibu tiri
  3. Nenek tiri
  4. Menantu perempuan
  5. Anak tiri perempuan dan keturunannya
  6. Adik ipar perempuan dan keturunannya
  7. Emak saudara kepada isteri
  8. Anak saudara perempuan kepada isteri dan keturunannya

No comments:

Post a Comment